Terkini

YDPA selamat jalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut

Kuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilal Shah selamat menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dengan jayanya pada Isnin lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.

“Ekoran daripada prosedur itu, Seri Paduka Baginda telah selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan.

“Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara pada hujung minggu ini setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Baginda.

Isnin lalu Al-Sultan Abdullah dilaporkan berada di dalam keadaan gering dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur berikutan mengalami masalah di bahagian kaki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: