Politik

Tajuddin dedah Ahli Parlimen Umno tandatangan SD sokong Anwar jadi PM

Kuala Lumpur – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan wujud akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen Umno bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Tajuddin berkata, beliau sendiri menjadi saksi dan turut menolak usaha gerakan berkenaan.

“Jajaran baru, saya (menjadi) saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi Perdana Menteri dan ada surat dihantar pada istana,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Tajuddin digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno disebabkan sikap beliau yang mengkritik parti.

Ahmad Zahid berkata, kritikan itu dibuat Tajuddin yang juga Duta Besar Malaysia ke Indonesia menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Mengulas mengenai pelucutan jawatan daripada MKT Umno itu, Tajuddin berkata sebagai ahli MKT yang dilantik, beliau menerima keputusan Ahmad Zahid itu dengan hati terbuka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: