Terkini

Apandi Ali letak jawatan sebagai pengerusi Metronic Global

Kuala Lumpur – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif Metronic Global Berhad.

Menerusi pengumuman di Bursa Malaysia semalam, Mohamed Apandi meletakkan jawatan berkenaan atas alasan komitmen peribadi.

Sementara itu, dalam pengumuman dua hari sebelum itu, Timbalan Pengerusi Metronic Global Tan Choon Hwa juga meletakkan jawatan.

Mohamed Apandi bagaimanapun mengosongkan tempat itu kerana akan menjawat tugas baru sebagai penasihat syarikat.

Perkembangan itu berlaku ketika Metronic Global memeterai dua perjanjian pembelian kuasa di Kedah dengan jumlah nilai kontrak RM50 juta dengan jumlah kapasiti 4,121 kWp untuk tempoh 25 tahun.

Perjanjian itu dimaterai menerusi Sinaran PPA Sdn Bhd, syarikat usaha sama dengan Earthtech Sdn Bhd.

Rancangan Metronic untuk menceburi perniagaan tenaga suria adalah berdasarkan pandangan dan prospek menggalakkan untuk industri PV solar di Malaysia.

Sementara itu, dalam pemfailan berasingan, kumpulan itu juga mengumumkan peletakan jawatan Timbalan Pengerusi bebas bukan eksekutifnya, Datuk Seri Tan Choon Wa.

Peletakan jawatan Choon Wa, 65, susulan pelantikannya sebagai penasihat kumpulan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: