Advanced Centre for Addiction Treatment Advocacy (ACATA) tidak bersetuju dengan langkah Kerajaan untuk mengharamkan alternatif yang kurang memudaratkan termasuk vape.
Walaupun ACATA berbesar hati dengan komitmen Kerajaan untuk mengurangkan kelaziman merokok di negara ini, larangan menyeluruh yang merangkumi produk pengurangan kemudaratan seperti vape, akan menyebabkan polisi tidak produktif.
Epidemik tembakau adalah salah satu ancaman kesihatan awam terbesar di dunia, membunuh lebih 8 juta orang setahun, termasuk kira-kira 1.2 juta kematian akibat pendedahan kepada asap rokok. Ia membunuh 27,200 rakyat Malaysia setiap tahun.
Kelaziman merokok yang mendatar di Malaysia memerlukan penyelesaian yang lebih realistik dalam menangani masalah merokok negara. Maklumat yang salah dan teori yang tidak tepat pastinya tidak akan membantu, apatah lagi menyelesaikan masalah.
Terdapat bukti yang kukuh dan boleh dipercayai untuk menyokong bahawa produk vape adalah kurang memudaratkan daripada merokok. Bukti juga menunjukkan bahawa vape secara efektif membantu perokok untuk berhenti. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa peratusan penghisap vape yang tidak pernah merokok adalah sangat kecil.
Hal ini adalah kenyataan di Malaysia. Satu kajian tempatan pada 2020 mendapati hanya 0.6% bukan perokok menggunakan vape, seterusnya menyangkat kenyataan bahawa vape ammpu menarik pengguna baru.

Oleh itu, adalah sangat tidak wajar bagi kerajaan untuk mengambil langkah yang tidak produktif yang akan menafikan akses perokok kepada vape, alternatif yang kurang memudaratkan berbanding merokok tembakau, yang mampu menyebabkan jumlah kematian yang besar. Langkah ini menghantar mesej yang salah kepada perokok semasa kerana Kerajaan menggambarkan vape berbahaya seperti rokok tradisional tanpa sebarang perbezaan.
Larangan terhadap alternatif yang kurang berbahaya termasuk vape akan menjadikannya tidak boleh diakses dan dengan itu menjadikan proses atau keinginan untuk berhenti merokok lebih sukar bagi perokok. Akibatnya, kelaziman merokok di Malaysia akan terus terbantut, jika tidak berkembang, sepanjang dekad akan datang.
ACATA percaya bahawa adalah penting bagi semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama bagi membangunkan pendekatan kawal selia yang sesuai yang menyediakan pengguna kebolehcapaian dan keyakinan untuk menggunakan produk yang kurang memudaratkan.