Terkini

KKOMM tak keluarkan lesen judi online – Annuar Musa

Kuala Lumpur – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOMM) menafikan mengeluarkan lesen kepada sebuah syarikat permainan judi atas talian dikenali sebagai Malaysia Offshore Gaming Operations (MOGO) yang berpusat di Sabah.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa menegaskan, KKOMM tidak mempunyai kuasa mengeluarkan lesen sedemikian dan hanya Kementerian Kewangan yang berkuasa mengeluarkan lesen perjudian.

Beliau berkata, semakan dengan Kementerian Kewangan juga mendapati tiada kelulusan sedemikian diberikan.

“Terdapat pihak yang mendakwa mereka mendapat kelulusan KKOMM untuk menjalankan apa yang dipanggil Malaysia Offshore Gaming Operations (MOGO) berpusat di Sabah.

“Nama KKOMM telah diguna dengan meluas untuk tujuan tertentu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Annuar menggesa agar siasatan dilakukan berhubung perbuatan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan yang menggunakan nama KKOMM.

“KKOMM tidak dan tidak boleh meluluskan atau mengeluarkan lesen sedemikian.

“Dakwaan ini perlu disiasat mengikut peraturan dan undang undang sedia ada,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: