Politik

Perjanjian PN-PM: Hamzah jumpa Ismail Sabri esok

Kuala Lumpur – Isu berhubung terma perjanjian antara Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka dapat dirungkai esok.

Sehubungan itu, Setausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau sendiri akan bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan perkara tersebut.

“Insya-Allah saya akan bertemu dengan Perdana Menteri esok,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette hari ini.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri ditemui media selepas merasmikan Persidangan Penerbangan Membanteras Pemerdagangan Orang di Malaysia Airlines Berhad Academy di Kelana Jaya.

Baru-baru ini, Hamzah dilaporkan berkata PN kecewa terhadap tindakan Perdana Menteri yang dilihat tidak bersungguh memenuhi terma dalam perjanjian beliau dengan parti itu.

Hamzah sehubungan itu berkata PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa terdekat.

Dipercayai antara yang menjadi pertikaian PN adalah jawatan Timbalan Perdana Menteri yang didakwa terkandung dalam terma perjanjian tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: