Kuala Lumpur- Adakah anda menggemari sebarang VCreator dan sedang dalam pencarian untuk mengikuti dan menikmati kandungan VCreator yang baharu? Bilibili, platform video animasi terkemuka di Asia Tenggara, adalah lokasi sempurna untuk menonton kandungan VCreator tanpa henti! Sebagai cara mempamerkan komitmen kepada para VCreator, Bilibili melancarkan satu siri Karnival Bertema VCreator pada 15 sehingga 28 Julai 2022. Oleh itu, tontoni Bilibili untuk menunjukkan kecintaan dan dorongan anda kepada VCreator ini!
VCreator adalah pencipta kandungan yang mewujudkan avatar maya dengan personaliti dan watar tersendiri yang unik dan berbeza daripada diri mereka. Sebahagian besar kandungan VCreator datang daripada penstriman secara langsung permainan popular atau ketika menghiburkan peminat dengan menyanyi, berlakon dan pelbagai jenis kandungan lain. Penonton dan peminat boleh berinteraksi bersama VCreator kegemaran mereka menerusi sesi-sesi penstriman secara langsung ini, sekali gus meningkatkan populariti VCreator terlibat.
Bilibili menyokong VCreator di bawahnya menerusi penganjuran Karnival Bertema VCreator yang dinanti-nantikan ini. Diadakan dari 15 sehingga 28 Julai 2022, peminat dan pengikut VCreator Bilibili boleh menonton mereka mengikut penstriman secara langsung berjadual pada sepanjang Karnival, seperti VCreator Anime Recap bersama Elthea_notes pada 26 Julai 2022.
Karnival tersebut juga memberi peluang kepada penonton untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Sekiranya penonton mengikuti 15 VCreator sepanjang tempoh Karnival mereka berpeluang untuk memenangi baucar Grab Food! Sebagai tambahan, mereka juga dapat menjadi seorang VCreator dengan mengisi borang yang disediakan di platform Bilibili.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Karnival Bertema VCreator Bilibili, sila layari pautan https://www.bilibili.tv/marketing/activity-9l4xfNg8Gb.html atau muat turun aplikasi Bilibili di Google Play dan App Store.