Gaya Hidup

AirAsia rai perpaduan rakyat Malaysia dengan tawaran istimewa sempena Merdeka

SEPANG – Bagi meraikan perpaduan rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, AirAsia menawarkan diskaun 31% bagi semua tempat duduk, semua penerbangan untuk destinasi domestik dan antarabangsa yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan: AK) dan AirAsia X Malaysia (kod penerbangan: D7) melalui airasia Super App.

Para tetamu boleh menempah mulai hari ini sehingga 4 September untuk perjalanan antara 6 Februari dan 31 Julai 2023 ke destinasi domestik popular seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan banyak lagi atau pulang dari destinasi antarabangsa termasuk Bangkok, Jakarta, Singapura, New Delhi, Perth, Melbourne, Sydney, Auckland, Seoul* dan pelbagai destinasi popular lain.

Semua tempat duduk Premium Flatbed dalam penerbangan AirAsia X (kod penerbangan: D7) yang menawarkan lebih keselesaan, ruang kaki tambahan dan fleksibiliti juga ditawarkan pada diskaun 31%!

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “AirAsia kekal komited untuk menghubungkan semula rakyat Malaysia bersama orang tersayang sempena Hari Kemerdekaan ini. Oleh kerana kebanyakan tetamu kami tidak dapat melancong atau melawat keluarga mereka selama lebih dua tahun, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka dengan menyediakan tambang penerbangan bernilai hebat untuk kembali terbang bersama-sama kami. Sebagai sebuah jenama tempatan, kami akan sentiasa menawarkan yang terbaik kepada para tetamu kami dan akan terus menyokong industri pelancongan tempatan. Selain itu, kami juga berusaha untuk memperkukuh rangkaian dan mengaktifkan semula semua laluan kami ke kapasiti pra-pandemik menjelang awal tahun 2023. Kami berbesar hati untuk menyokong aspirasi Keluarga Malaysia dan sejajar dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini iaitu teguh bersama, kami berharap semua rakyat Malaysia dapat mengambil kesempatan ini untuk bertemu keluarga dan sahabat mereka dan pada masa yang sama, membantu meningkatkan industri pelancongan tempatan dan ekonomi Malaysia.”

Berikutan pemulihan industri pelancongan yang kukuh dan pembukaan penuh sempadan negara pada tahun ini, AirAsia telah merekodkan pertumbuhan empat angka dalam jumlah penumpang yang diterbangkan lebih 1,038% dari Januari hingga Ogos berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Syarikat penerbangan ini juga sedang giat mengembangkan rangkaian domestiknya bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat dengan melancarkan beberapa laluan baharu termasuklah Kota Kinabalu-Kuala Terengganu, Bintulu-Johor Bahru dan Pulau Pinang-Sibu, untuk memacu sektor pelancongan tempatan dan pemulihan ekonomi. Hasilnya, AirAsia telah menerbangkan lebih 7.4 juta tetamu dalam negara dari Januari hingga Ogos tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 849% daripada tahun 2021.

AirAsia juga menawarkan tambahan diskaun RM15 kepada pemegang kad Visa apabila mereka membayar tempahan penerbangan apabila menjadikan kad Visa sebagai kaedah pembayaran pilihan dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM200.

Ahli AirAsia pula boleh mengumpul mata ganjaran airasia untuk semua pembelian mereka di airasia Super App, daripada tempahan penerbangan kepada penginapan hotel, airasia ride, airasia food, dan banyak lagi. Ia juga boleh digunakan seperti wang tunai untuk menebus penerbangan percuma, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup daripada rakan kongsi eksklusif kami.

Untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

*Untuk penerbangan ke Seoul, hanya diskaun 20% tersedia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: