Kuala Lumpur – Coca-Cola ® Creations memperkenalkan satu adunan semula bagi perisa edisi terhadnya yang terbaru, iaitu hasil kolaborasi bersama Marshmello, seorang artis yang telah dicalonkan bagi anugerah GRAMMY.
Ini merupakan kali pertama jenama Coca-Cola menghasilkan minuman dengan kerjasama seorang artis. Coca-Cola® Edisi Terhad Marshmello memberikan rasa kenikmatan seumpama irama muzik Marshmello yang sedang rancak berada di tangga teratas dalam carta muzik kini.
“Ini adalah satu kolaborasi hebat bersama Coca-Cola ® untuk menghasilkan satu minuman edisi terhad bersama-sama,” kata Marshmello. “Kita telah menghasilkan campuran perisa kegemaran saya di dalam minuman terbaru ini. Rasanya sedap dan saya berharap peminat akan turut menyukainya.”

Ada yang mungkin beranggapan bahawa Coca-Cola ® Edisi Terhad Marshmello merupakan minumanberperisa marshmallow, tetapi ia sebenarnya campuran rasa yang melambangkan diri Marshmello sendiri, ia memiliki keajaiban tersendiri yang tidak disangka-sangka. Coca-Cola ® Edisi Terhad Marshmello adalah minuman yang menyegarkan hasil campuran perisa kegemaran artis ini iaitu strawberi dan tembikai, yang dicampurkan dengan rasa hebat Coca-Cola ® .
Muzik – seperti juga Coca-Cola™ – mempunyai kuasa luar biasa yang boleh menghubungkan komuniti dan membuka peluang untuk berkongsi pengalaman ,” kata Teejae Sonza, Marketing Director for Trademark Coca-Cola of the Coca-Cola ASEAN & South Pacific operating unit.
“Untuk minuman Coca-Cola Creations kedua yang dihasilkan bagi ASEAN dan Pasifik Selatan ini, kami ingin mewujudkan campuran rasa yang tidak terduga kepada rasa hebat Coca-Cola, dan Marshmello merupakan pilihan terbaik untuk tujuan itu,” tambah beliau lagi. “Ia adalah sesuatu yang sangat menarik bagi jenama kami untuk memperkenalkan Coca-Cola ® Edisi Terhad Marshmello dan menjemput para peminat untuk menyelami dunia Mello.”
Terkenal dengan semangat untuk mewujudkan impak positif terhadap budaya melalui muziknya, kolaborasi Marshmello dengan Coca-Cola ® mengajak para peminat untuk mengalami dengan sendiri ‘Melloverse’ atau dunia Marshmello.
Peminat boleh mengimbas kod QR yang terdapat di tin Coca Cola Creations untuk melayari ke hab www.coca-cola. com/creations, di mana para pengunjung maya dapat menikmati beberapa pengalaman digital yang berbeza .
Coca-Cola ® Edisi Terhad Marshmello juga boleh didapati di kebanyakan pasaraya, kedai runcit dan platform e-dagang dalam versi Zero Sugar, iaitu tanpa gula. Tin koleksi berbentuk langsing dengan imej hitam putih mengetengahkan ciri-ciri estetik artis, termasuk skrip tulisan Spencerian yang menggabungkan kedua-dua jenama ini bagi menghasilkan satu perasaan ‘vibe’ yang mengasyikkan dan memuaskan. Coca-Cola ® telah bekerjasama dengan Forpeople untuk menghasilkan reka bentuk tin ini.
Rasai sendiri keunikan Coca-Cola ® Edisi Terhad Marshmello untuk varian Zero Sugar di Singapura, Malaysia, Thailand dan Filipina pada Ogos 2022 ini. Coca-Cola® akan terus meneroka pelbagai inovasi unik dan kolaborasi yang tidak terjangka yang diinspirasikan oleh kreativiti dan berbudaya. Layari www.coca-cola.com/creations atau ikuti Coca- Cola di Facebook, Instagram, dan Twitter untuk maklumat terkini.