Gaya Hidup

Nanowhite Fresh lancar rangkaian anti jerawat dan pencerahan kulit mesra alam dengan 100% bahan semulajadi

KUALA LUMPUR – Nanowhite, pakar penjagaan pencerah kulit terkemuka di bawah syarikat induk Tohtonku Sdn Bhd, telah melancarkan semula barisan penjagaan kulit wajah berjerawat bagi golongan remaja, Nanowhite Fresh, dengan 100% bahan semula jadi yang mampan, mesra alam, vegan dan bebas daripada melakukan uji kaji terhadap haiwan (Cruelty-Free).


Pengarah Eksekutif Tohtonku Sdn Bhd Jasper Lim berkata, “Kami sentiasa melihat untuk perubahan dan kami diilhamkan oleh Generasi Z yang mulai menjalankan misi mereka untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Mereka adalah pengguna yang mempunyai kesedaran tinggi dan bijak memilih. Kami mendengar permintaan mereka oleh itu, kami telah berjaya menambah baik barisan produk Nanowhite Fresh dan menjadikannya beretika, mampan dan cruelty free.”


Rangkaian Nanowhite Fresh terbaharu dihasilkan khusus untuk golongan remaja berumur antara 16 sehingga 21 tahun untuk membantu mereka menangani masalah kulit berjerawat. Produk ini dirumus dengan 100% pati minyak semula iaitu minyak pokok teh dan pudina untuk mengawal sebum, minyak berlebihan dan kulit tampak lebih bersih. Ia terbukti secara klinikal dalam mengurangkan kiraan jerawat dalam masa 1 hari sahaja!

Dos Vitamin C ditambah untuk membantu mencerahkan kulit untuk tampak lebih berseri, manakala formulasinya diuji secara dermatologi agar selamat, lembut, tidak mengeringkan dan tidak meregangkan kulit wajah.

Dibina berdasarkan konsep Bersih, Ceria (Clear up, Cheer Up), rangkaian Nanowhite Fresh diciptakan untuk penjagaan kulit secara menyeluruh – Rawat, Cegah dan Penjagaan Selepas, kepada pengguna agar kulit wajah sentiasa yakin bersih dalam rutin kecantikan harian.

“Jerawat adalah masalah yang sentiasa dihadapi oleh kalangan remaja yang boleh mencabar mental dan fizikal mereka. Rangkaian produk ini menjanjikan untuk membantu Gen Z memiliki kulit yang bersih dan sihat secara semula jadi, meningkatkan keyakinan dan menjadi versi terbaik diri mereka,” kata Lim.


Rangkaian ini dicipta dengan tujuan untuk memberi impak positif kepada pengguna dan alam sekitar. Justeru, ujian terhadap haiwan tidak dijalankan dan menggunakan pembungkusan mesra alam di samping penggunaan ramuan yang kekal minimum dan semula jadi.

Pembungkusan mesra alam yang diperbaharui ialah transformasi berwarna-warni rona ‘juicy’ adalah releven kepada Gen Z yang masih muda dan bereksperimen. Gabungan reka bentuk yang minimalis dan berwarna pastel lembut menunjukkan kepakaran dan kepercayaan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik. Keseluruhan rupa dan perasaan jenama itu bertujuan meraikan keunikan dan ekspresi diri generasi baharu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: