Hiburan

Pelancaran Akademi Raja Azrey dan teater 7 Wahyu

Kajang – Selebriti, Raja Azrey telah melancarkan Akademi Raja Azrey yang dikendalikan oleh syarikatnya Pondok Karya Kreatif. Akademi ini telah ditubuhkan pada September 2019 dimana setiap program dilaksanakan secara bersiri.

Menekankan kelas lakonan sebagai pendedahan persiapan tentang bagaimana menjadikan lakonan sebagai karier, setiap peserta yang berdaftar wajib mengikuti dua sesi kelas iaitu teori dan praktikal. Sesi pertama iaitu sesi didalam kelas menekankan teknik lakonan yang betul, intonasi dialog, mengenal shot, bacaan skrip dan keperluan yang perlu diadakan sebelum seseorang itu masuk ke set penggambaran. Sesi kedua pulak adalah sesi praktikal yang mana skrip dan watak yang telah diberikan harus diterjemahkan di Set Penggambaran.

Akademi Raja Azrey ini telah bertapak di dua buah negeri iaitu Kuala Lumpur dan Kedah. Sepanjang 3 tahun ini juga sebanyak 10 buah drama telah berjaya dihasilkan; 6 di Baling ,Kedah, 3 di Gurun Kedah dan Satu di Cheras. Kesemua drama ini hanya di tayangkan di platform Youtube rajaazreytvchannel sebagai profil para peserta yang terlibat.

“Saya memberikan latihan dari segi kemahiran lakonan, bagaimana membaca jadual, disiplin untuk menjadi pelakon yang baik bukan sahaja dari segi kualiti namun pembawaan diri juga.

“Saya juga turut melatih peserta bagaimana meletakkan harga bagi diri mereka apabila menceburi industri nanti” katanya dalam sidang media.

Tambahya, akademi ini bukan bertindak sebagai agensi pelakon dan tiada sekatan bagi mana-mana peserta untuk menyertai mana-mana produksi.

Di majlis yang sama juga, satu persetujuan telah dimetrai diantara Akademi Raja Azrey Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Pendidikan Dan Sosial Malaysia serta Geliga Opera Merah dengan penyaluran dana sebanyak RM1.5 juta melalui Geliga Opera Merah agar dapat menjadi pemangkin kepada usaha pembangunan bagi institusi Akademi Raja Azrey.

Dengan persetujuan ini , satu usahasama pementasan teater 7 wahyu akan berlangsung diantara Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Pendidikan Dan Sosial Malaysia dengan Geliga Opera Merah serta Mayrose Empire Sdn Bhd yang sebagai anak syarikat Kumpulan Astana’hu Sdn Bhd yang telah diamanahkan bagi pengurusan dana dibawah kolibrasi kepada keseluruhan projek pementasan ini secara rasminya dan juga menampilkan keterlibatan sebahagiannya dari peserta-perserta Akademi Raja Azrey serta juga keterampilan karya idealogi dakwah dari Rumah Adat Waris Keturunan Baginda Rasullullah yang dipimpin oleh Yang Amat Mulia Dato’ Sri Shariff Nur Muhammad Al-Aydrus pada bulan November 2022 ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: