Petaling Jaya – DJI, syarikat global dalam pembangunan dan pembuatan dron awam dan teknologi kamera kreatif untuk kegunaan peribadi, secara rasmi telah melancarkan Gedung Pengalaman Premium terbaharunya di Sunway Pyramid, Subang Jaya. Untuk pengetahuan, gedung ini merupakan gedung pengalaman terbesar di Asia Tenggara yang terletak di aras F1.RINK.A.

Para pengunjung Gedung Pengalaman Premium akan dapat menikmati pengalaman langsung menggunakan produk di ruangan khas untuk mencuba produk. Dengan rangkaian dron kamera yang luas termasuk DJI Mavic series, Air series, Mini series dan DJI FPV, pelanggan boleh mencuba peralatan dan memilih dron yang paling sesuai dengan kehendak anda.
Sempena dengan majlis pembukaan besar-besaran pada hari Sabtu, 24 September, jam 12:00PM, DJI akan menawarkan promosi berikut kepada pelanggan:
- DJI OM 4 SE: RM299 (Harga asal RM459)
- DJI Mini 2: RM1,599 (Harga asal RM1,899)
- DJI Action 2 Dual Screen: RM1,499 (Harga asal RM2,499)
- DJI Mavic 3: RM8,799 (Harga asal RM9,799)

Tambahan, DJI telah bekerjasama dengan Sunway Pyramid Mall dengan mengadakan pertandingan bersempena pembukaan Gedung Pengalaman Premium DJI. Kepada yang berminat, anda perlu ikut langkah di bawah:
- Langkah pertama: Follow dan Like laman rasmi Facebook DJI Malaysia dan Sunway Pyramid
- Langkah kedua: Komen yang manakah produk kegemaran anda dan mengapa.
- Langkah ketiga: Tag 3 kawan anda
Pertandingan ini bermula dari 24 September dan berakhir pada 27 September. 3 pemenang akan dipilih secara rawak yang akan diumumkan pada 28 September 2022.