Terkini

MYAirline sedia untuk berlepas

Kuala Lumpur – Sebuah syarikat penerbangan tambang murah baru Malaysia dijangka akan memulakan operasi penuh dalam masa terdekat apabila sudah menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) minggu lalu.

MYAirline kini sudah berada di peringkat akhir dan ia disasar memulakan operasi pada suku keempat 2022.

Bercakap dalam temu bual ekslusif bersama MalaysiaNow, Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo berkata ia akan beroperasi menggunakan tiga pesawat jenis Airbus A320-200 dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik.

Katanya, idea penubuhan syarikat penerbangan itu tercetus dua tahun lalu dan keputusan untuk menceburi ke arah segmen penerbangan tambang murah dibuat memandangkan konsep itu sering menjadi pilihan pengguna di rantau ini.

“Kami sudah menerima AOC minggu lalu dan tarikh kuat kuasa adalah pada bulan depan dan seterusnya,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama MalaysiaNow.

“Ini adalah peringkat terakhir sebelum pesawat kami boleh diterbangkan, cuma ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.”

Menceritakan mengenai idea penubuhan MYAirline, Teo berkata ia tercetus pada Oktober 2020 ketika negara sedang berdepan penularan Covid-19.

Katanya, langkah untuk memperkenalkan syarikat penerbangan itu pada masa ini disifatkan sebagai sangat sesuai memandangkan permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan semakin meningkat terutama apabila negara kini sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Apabila kami memulakan pelan perniagaan, kami mengambil pendekatan konservatif,” katanya. 

“Kami akan mula dengan pasaran domestik dan akan berkembang dari situ.

“Melangkah ke hadapan, kami sasar untuk meluaskan lagi laluan penerbangan ke peringkat serantau dan antarabangsa.

“Tetapi jarak penerbangan akan dikekalkan antara empat jam kerana itu merupakan titik optimum apabila melibatkan operasi penerbangan tambang murah.”

Teo bagaimanapun tidak mendedahkan laluan perjalanan MYAirline pada masa ini dan akan mengumumkannya secara rasmi ketika pelancaran syarikat penerbangan itu dalam masa terdekat.

Dari aspek operasi pesawat, Teo berkata, MYAirline akan kekal kepada prinsinp teras syarikat penerbangan tambang murah dengan hanya menumpu kepada penggunaan pesawat jenis berbadan sempit.

Walaupun memiliki sasaran tinggi, Teo menjelaskan MYAirline tidak akan terlalu mendedahkan diri seperti melakukan begitu banyak perkara secara serentak dan akan memberi tumpuan utama dalam mengukuhkan kekuatan pasukan buat masa ini.

“Kami ingin pastikan prestasi ketetapan masa dan tahap perkhidmatan pelanggan sentiasa berada di tahap terbaik kerana ini akan menjamin hubungan jangka panjang dengan penumpang.

“Selain itu, MYAirline juga sedang berusaha membina ekosistem perjalanan yang lebih lancar dalam pakej perkhidmatan kami,” kata Teo sambil menambah MYAirline setakat ini mempunyai lebih 300 kakitangan termasuk 45 juruterbang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: