Terkini

27 Stesen Petron Lembah Kelang salur kutipan dana bantu pesakit kanser kanak-kanak

Puchong – Sebanyak 27 stesen minyak Petron di sekitar lebuh raya Lembah Kelang hari ini, bergabung usaha menyalurkan dana sebanyak RM57,000 kepada CAKNE – Persatuan Sokongan Kanak-Kanak PPUKM.

Dana tersebut dikumpul dalam satu program jualan “Help To Give Hope” yang berlangsung dari bulan Julai sehingga September tahun ini.

Wakil Petron KLV Elite, Syahira Azad Jamaludin berkata, dana yang dikumpul adalah dari setiap pembelian air mineral yang menyalurkan 10 sen kepada tabung kutipan. Selain itu juga, jualan pin riben emas berharga RM10 di setiap daripada 27 stesen yang terlibat.

“Setiap stesen terlibat dibekalkan sebanyak 50 unit pin riben emas untuk dijual sebagai tanda sokongan kepada pesakit-pesakit kanser kanak-kanak dan Alhamdulillah jualan laris dan menambahkan lagi jumlah kutipan dana ini” katanya.

Pengasas CAKNE, Mohd Shah Awaluddin menerima baik usaha Petron dalam membantu dan menyantuni pesakit kanser kanak-kanak.

“Kami sangat berbesar hati dengan usaha dari syarikat koperat sebegini dengan menyalurkan dana.

“Dana ini digunakan untuk kami bantu pesakit kanser dalam kalangan B40 seperti keperluan asas, bantuan kos petrol dan tol bagi ibu bapa yang menghantar pesakit untuk mendapatkan rawatan dan bantuan kewangan sebanyak RM300 agar pesakit tidak ketinggalan setiap rawatan” jelasnya.

Dalam majlis ini juga turut dihadiri oleh pesakit iaitu adik Anggerik, 8, penghidap kanser mata, Nurul islah, 24, penghidap kanser otak, Haiyan, 8, pesakit kanser limfoma dan Murkeish, 18, pesakit leukimia.

Sekeping ‘Mock Cheque” bernilai RM55,000 turut disampaikan sebagai simbolik program pagi ini.

Turut hadir, Pengurus kawasan, Haronal Rasyid Nawi yang berharap program seperti ini dapat sedikit sebanyak dijadikan contoh untuk menggalakkan orang ramai membantu pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: