Terkini

Yayasan Prihatin, Unitar dan UPNM meterai MOU pembangunan pendidikan

Kuala Lumpur – Satu memorandum persefahaman (MOU) tiga penjuru antara Unitar, UPNM dan Yayasan Prihatin telah diadakan bertujuan untuk membangun, menyokong serta memperkayakan pembangunan penyelidikan selain pendidikan tinggi bagi memacu pertumbuhan negara.

Dalam majlis itu, seramai 2000 orang pelajar dari keluarga B40 di kawasan Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT diberi bantuan komputer riba dan wang perbelanjaan dari Yayasan Prihatin dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) agar memudahkan proses pembelajaran.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, program inisiatif Perdana Menteri itu membuka peluang akses pendidikan tinggi kepada pelajar kurang berkemampuan.

“Inisiatif kerajaan dalam membantu pelajar daripada golongan B40 termasuk penduduk luar bandar di 35 Parlimen setakat ini mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya berharap program berkenaan diteruskan dan lebih ramai pelajar kurang berkemampuan mendapat peluang melanjutkan pengajian” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Unitar, UPNM dan Prihatin serta Penyerahan Sumbangan Kepada Anak-Anak Wilayah Persekutuan di Universiti Antarabangsa Unitar di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali turut menambah, program bantuan pendidikan sebegini telah dimulakan pada 2016 di sekitar luar bandar dan diperluaskan lagi di Wilayah selaras menyahut seruan Perdana Menteri yang menggalakkan kempen Keluarga Malaysia.

“Kami sentiasa berusaha dan berbesar hati bekerjasama dengan mana-mana pihak serta institusi pendidikan untuk membantu anak-anak dari keluarga B40 yang layak melanjutkan pelajaran agar tidak ketinggalan ataupun keciciran peluang yang ada” jelasnya.

Turut hadir Naib Canselor Unitar Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: