Terkini

SPR panjangkan tempoh pengundian selama sejam

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanjangkan tempoh pengundian bagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) selama sejam berbanding pilihan raya umum sebelum ini iaitu 8 pagi hingga 5 petang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan masa pengundian bagi semenanjung akan bermula 8 pagi hingga 6 petang manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Pemanjangan tempoh masa ini dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk membuang undi,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) mengenai langkah penambahbaikan SPR untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi serta menjamin ketelusan proses mengundi pada PRU15 dan seterusnya.

Menurutnya SPR turut menambah jumlah pusat mengundi dan saluran sedia ada bagi mengelak  kesesakan di pusat-pusat mengundi, susulan pelaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik.

Beliau berkata langkah penambahbaikan itu dilaksanakan bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisien, adil dan telus. 

Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: