Politik

BN perlu calon orang muda, tawar fokus masalah air Parlimen Merbok

Kuala Lumpur – Barisan Nasional perlu lebih cakna dan peka dalam mengetengahkan calon-calon muda untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlaku tidak lama lagi.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Nur Aizat Noor Azam menjelaskan  golongan pengundi muda yang berusia 18 hingga 21 tahun berasa lebih dekat dengan calon-calon muda yang bakal menjadi suara dan wakil mereka di masa hadapan berbanding calon politik yang lebih senior.

“Golongan pengundi muda sekarang juga lebih bijak, peka dan mengambil berat mengenai manifesto yang diperjuangkan oleh calon atau parti tertentu.

“Pengundi sekarang bukan sahaja mahukan calon yang boleh berkhidmat untuk rakyat tetapi lebih kepada membawa aspirasi terutama golongan muda lebih-lebih lagi dalam keadaan meruncing dari segi ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan dan kos sara hidup yang makin meningkat” katanya.

Tambahnya lagi, antara aspek yang perlu diberi fokus adalah solusi dan jaminan untuk semua masalah yang menjadi kegusaran rakyat pada masa ini.

“Apabila kita nak bercakap tentang isu orang muda, sudah tentu kita perlu orang muda yang menjadi wakil dan memahami apa yang diperlukan.

Beliau turut menambah, sehingga kini BN masih lagi terbukti mempunyai ‘track record’ terbaik bagi manifesto dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

“Kalau rakyat nak menilai dari janji yang ditawarkan oleh BN, kita boleh tengok dari segi realitinya adakah perkara yang dijanjikan itu logik dan masuk akal” jelasnya lagi.

Ditanya apa yang akan dilakukan jika beliau dipilih sebagai calon, katanya antara fokus utama adalah mencari jalan bagi menyelesaikan masalah air untuk penduduk sekitar Parlimen Merbok dan Tanjung Dawai.

“Masalah ini sudah berlarutan selama 25 tahun dan ini adalah satu perkara yang betul-betul perlu dibantu supaya rakyat di kawasan itu tak perlu nak tahan lori menunggu air dan sebagainya.

“Selain itu, perlu ada wakil rakyat yang menjalankan fungsi legislatif dengan baik, kita perlukan peranan ini dengan lebih baik dalam penggubalan undang-undang dan tidak mahu satu undang-undang yang telah digubal dipertikaikan” tambahnya.

Antara janji yang ditawarkan lain adalah membawa isu kepadatan penduduk, pendidikan dan peluang pekerjaan untuk dibahaskan dan diselesaikan bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

“Ini semua adalah forte utama yang saya berminat untuk diketengahkan” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: