Gaya Hidup

Sos cili Sabasco dihasilkan dari cili Memporok bermutu tinggi

Permintaan pasaran yang semakin meningkat telah mencetuskan fenomena dimana pengeluar makanan mengaplikasikan teknologi ubahsuai secara genetic (GMO) untuk meningkatkan pengeluaran dan menambah perasa dalam produk mereka, khususnya dalam sektor produk pengguna bergerak pantas (FMCG). Pengeluaran sos cili generik juga tidak terkecuali.


Sejak penubuhan jenama tempatan, Sabasco , yang dimiliki oleh Borneo Oil Group, penggunaan cili asli bukan GMO merupakan ramuan asli dalam penghasilan produk. Hanya bahan terbaik segar dari lading sahaja yang digunakan dalam proses penghasilan produk Sabasco.


Sebuah syarikat berasal dari Borneo, Borneo Oil Group sudah lama mengenalpasti potensi Borneo sebagai lokasi yang mampu menghasilkan pelbagai produk asli dan unik untuk dipasarkan ke seluruh dunia.


Penghasilan sos cili Sabasco merupakan idea di sebalik Pengarah Urusan Borneo Oil, Datuk Joseph Ambrose Lee, dimana beliau mengimbau detik manis menikmati sos cili asli di seluruh Sabah. Datuk Ambrose berkongsi betapa mudahnya cili tempatan yang lazat dan pedas menyengat didapati di pasaran dahulu. Kini rasa cili tempatan sudah berkurang dan sukar untuk didapati.


Menurut beliau, sos cili Sabah yang dinikmatinya dahulu mempunyai rasa cili asli dan aroma yang tersendiri dan mudah untuk didapapati. Beliau juga berkongsi lada Momporok dari Kunak dan Lahad Datu merupakan sangat terkenal dengan aroma dan rasa uniknya, Disinilah tercetusnya misi dan visi untuk memperkenalkan identiti sos cili Sabah kepada seluruh dunia.


Namun, pertanian komersial telah mendorong pengeluaran cili kacukan, dimana rasanya adalah tidak setanding cili yang ditanam secara tradisional.


Yakin dengan identiti dan keunikan lada asli Sabah, Borneo Oil menanam misi untuk memastikan baka cili asli seperti mamporok tidak pupus.


Hasrat Sabasco untuk menakluki pasaran Global sememangnya bukan angan-angan sahaja, ini dibuktikan dengan kejayaan Lingahm sebagai salah satu sos cili terlaris di dunia, dimana produk Lingham boleh didapati di lebih 20 buah negara. Kejayaan Lingahm merupakan salah satu sumber aspirasi bagi Sabasco.


Penghasilan sos cili Sabasco menekankan kualiti dimana cili Memporok segar sahaja dijadikan sebagai ramuan utama. Nilai pasaran global untuk lada adalah dianggarkan mencecah USD5 Billion, Sabah semestinya akan mendapat manfaat melalui usaha Sabasco.


Disamping usaha menghasilkan produk tempatan, Sabasco berharap untuk meningkatkan sektor pertanian dengan membuka peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk tempatan dan beraspirasi untuk menjadi platform menembusi pasaran antarabangsa.


Sabasco memperkenalkan produk baru mereka di Pasaran , sos cili “ A1 Tok Sai” . Tidak seperti produk sos cili lain yang ada di pasaran, A1 Tok Sai sememangnya penambah perasa yang betul-betul mantap dengan gabungan identiti rasa pedas cili Momporok.


Langit tidak perlu mengatakan bahawa ia tinggi, “Tok Sai” merupakan perkataan daripada dialek Hakka yang bermaksud “Terbaik” ataupun “Saya Suka”, sos cili “A1 Tok Sai “ sememangnya sos cili terbaik pilihan tempatan. Belum cuba belum tahu, rasai kepedasan A1 Tok Sai yang betul-betul lazat sekarang!


Kelazatan sos cili “AI Tok Sai” yang penuh dengan perisa manis dan pedas cili sebenar semestinya menjadi pelengkap makanan yang perlu dimiliki setiap isi rumah.


Sabasco bakal mengadakan aktiviti pemasaran di outlet terpilih pada bulan Oktober ini. Sos Cili Sabasco kini boleh didapati di restoran SugarBun dan Pezzo(Sabah & Sarawak), secara atas talian menerusi webstore dan Shopee.

Layari www.sabasco.com untuk pembelian dan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: