Politik Terkini

Umno pecat pemimpin digugurkan dari senarai calon PRU15

Umno hari ini memecat empat orang pemimpinnya yang mencalonkan diri di bawah parti lain selepas nama mereka tidak lagi dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada 19 November ini.

Dalam sebuah kenyataan, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata mereka termasuk Zahidi Zainul Abidin, Shahidan Kassim, Ismail Abd Muttalib dan Azhar Ahmad.

Menurutnya, pengguguran keahlian mereka ini adalah selaras dengan fasal 20:11 perlembagaan Umno yang menyatakan keahlian mereka dalam akan gugur jika “bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan.”

“Dengan pengguran keahlian ini, jawatan mereka di peringkat Umno bahagian akan dipangku oleh timbalan ketua Umno bahagian berkenaan,” katanya sambil menambah ahli yang didapati mengiringi keempat-empat mereka ketika hari penamaan calon Sabtu lalu boleh disifatkan sebagai menyokong parti lawan dan siasatan terhadap mereka sedang dibuat.

Sebelum ini, penyandang kerusi Parlimen Arau Shahidan, Ismail (Maran) menyatakan mereka akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional selepas nama mereka tidak lagi dicalonkan oleh Umno.

Sementara Zahidi akan bertanding sebagai calon bebas bagi mempertahankan kerusi Parlimen Padang Besar.

Manakala Azhar pula mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi DUN Kuala Perlis.

Nama mereka digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional di mana ia dilihat sebagai penyingkiran pemimpin yang tidak sehaluan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: