Politik Terkini

Tolak BN jika tidak mahu generasi akan datang menderita – Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan rakyat supaya jangan mengundi dan menyokong Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak mahu generasi akan datang menderita dan hilang hak mereka.

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata kesan buruk sekiranya negara diperintah penjenayah hanya dapat dirasai pada masa depan, bukannya sekarang.

“Sukar bagi manusia biasa memikir tentang sokongan kepada parti penjenayah dengan pemimpin tertingginya di penjara 12 tahun didenda RM210 juta untuk dipilih menjadi kerajaan sesebuah negara.

“Tetapi di Malaysia terdapat sekelompok orang Melayu yang giat berusaha untuk jadikan parti penjenayah sebagai kerajaan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dr Mahathir turut mempersoalkan sama ada BN begitu mengutamakan duit berbanding nasib bangsa, negara dan agama.

“Tidak adakah perasaan sayang kepada bangsa dan negara sehingga sanggup jual maruah dengan sedikit duit.

“Ingatlah, apabila negara diperintah oleh penjenayah, jika kita tidak rasa apa-apa tetapi apakah nasib anak dan cucu kita.

“Mereka akan menderita kerana kehancuran negara dan kehilangan kemudahan yang menjadi hak mereka,” kata bekas Perdana Menteri dua kali itu. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: