Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini.
Kerajaan Perak dibarisi EXCO yang yang terdiri tujuh dari Pakatan Harapan (PH) dan tiga Barisan Nasional (BN).
Berdasarkan komposisi kaum pula, lima EXCO terdiri daripada Melayu, empat Cina dan seorang India.
Kerajaan Perak berjaya ditubuhkan semalam menerusi gabungan 24 Adun PH dan 9 Adun BN melepasi majoriti mudah 30 kerusi.
ADUN Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Nazrin semalam.
KERAJAAN PERAK TELAH DIBENTUK.
MB – Datuk Seri Saarani Mohamad (BN)
EXCO
- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin – Sg Rapat (Amanah)
- Azlan Helmi – Tualang Sekah (PKR)
- Sandrea Ng Shy Ching – Teja (PKR)
- Sivanesan A/L Achalingam – Sungkai (DAP)
- Teh Kok Lim – Aulong (DAP)
- Loh Sze Yee – Jalong (DAP
- Woo Kah Leong – Pasir Bedamar (DAP)
- Datuk Mohd Zolkafly Harun – Lintang (Umno)
- Salbiah Mohamed – Temengor (Umno)
- Khairuddin Abu Hanipah – Belanja (Umno)