Gaya Hidup

Pengguna ShopeeFood berkongsi restoran terbaik di lokasi-lokasi di Malaysia

Dalam pelbagai cara, kepelbagaian budaya Malaysia telah mempengaruhi rasa dan ramuan kulinari kita yang unik. Menggabungkan rasa keenakan hidangan Cina, India, Melayu dan Borneo, selera kita sentiasa dihidangkan dengan kekayaan variasi yang mungkin tidak boleh didapati di tempat lain. 

Inilah yang mengilhamkan ShopeeFood untuk membuat tinjauan di bandar-bandar kita untuk melihat hidangan terbaik yang diberikan lima bintang oleh pengguna ShopeeFood. Sepanjang tiga kempen besar baru-baru ini, seperti 9.9 Shopping Day, 10.10 Brand Sale dan 11.11 Big Sale, ShopeeFood mengumpulkan data tentang trend makanan untuk mengetahui apakah yang gemar dimakan oleh rakyat Malaysia. Melihat pada item yang paling kerap dipesan di aplikasi ShopeeFood, tinjauan itu membuktikan dua kegemaran yang jelas terserlah: hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng. 

Tidak dinafikan nasi merupakan nadi kehidupan seharian di negara ini. Selain dengan sawah padi yang luas terbentang di seluruh negara, nasi adalah makanan ruji kita, yang turut diadun dalam makanan bayi, makanan ringan, pencuci mulut dan hampir setiap hidangan. Sama ada semangkuk nasi kukus ala Cina, nasi daun pisang India yang terkenal, dan tidak lupa Nasi Lemak Malaysia yang tercinta, nasi terus ‘hidup’ dalam DNA Malaysia dan rakyatnya. 

Walaupun Roti Canai tetap memegang takhta dalam tinjauan lima makanan teratas ShopeeFood, hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng yang pelbagai jenis banyak dipaparkan dalam trend makanan kami. 

Tidak hairanlah, hidangan ayam terutamanya ayam goreng turut mendapat tempat teratas dalam makanan lima bintang terbaik di aplikasi ShopeeFood, digemari tak kira oleh yang tua dan muda. 

Bagi sesetengah orang, ayam goreng adalah hidangan yang dinikmati semasa ‘makan besar’ bersama keluarga setiap hujung minggu, dibuat lauk makan tengah hari padahari bekerja, atau dijamah buat makan malam. 

Menurut kaji selidik pada 2021, rakyat Malaysia adalah pengguna ketiga tertinggi di dunia untuk daging ayam, dengan hampir 50kilogram ayam dimakan setiap tahun, oleh setiap orang1.. Walaupun ia tidak mencecah 82.3-kilogram beras yang dimakan rakyat Malaysia setiap tahun2, jika kita melihat pada populasi kita yang hanya lebih 32 juta orang, kedudukan ketiga teratas ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia gemarkan ayam! 

Tambahan lagi, kita langsung tidak pilih kasih! Sama ada Ayam Goreng Berempah atau ayam goreng ala Korea ‘viral’, rakyat Malaysia menggemari ayam mereka dalam pelbagai gaya. Malah hari ini, kita mempunyai beratus-ratus hidangan ayam yang berbeza hanya di hujung jari – sama ada di kedai makan atau online di ShopeeFood, pilihannya tidak berkesudahan. 

Apa yang Dilihat di Trend Pesanan ShopeeFood 

Semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia beralih kepada platform penghantaran untuk mendapatkan makanan mereka dengan selamat dan mudah. Memandangkan kemudahan dan pelbagai pilihan makanan ada tersedia di hujung jari mereka, rakyat Malaysia semakin memilih kaedah penghantaran makanan atas talian atau online. Terdapat lebih 2,000 hidangan untuk dipilih, terpulang pada mood dan citarasa anda untuk hari-hari tertentu. 

“Orang ramai menjadi semakin bergantung dan selesa dengan perkhidmatan digital. Rakyat Malaysia telah menerima pakai penghantaran makanan kerana ia memberikan kemudahan, nilai dan kepelbagaian. Di ShopeeFood kami juga komited untuk membantu lebih ramai peniaga sama ada syarikat besar atau ‘hero’ tempatan untuk mendapat manfaat daripada rangkaian ekosistem Shopee yang luas, di samping mengamalkan cara baharu untuk berniaga dan mendapatkan pelanggan baharu,” kata Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia. 

“Kami sangat teruja dengan tinjauan ini kerana ia menunjukkan apa yang kita paling gemari sebagai rakyat Malaysia, apabila bercakap tentang makanan. Semasa tempoh promosi kemuncak kami seperti 9.9, 10.10 dan 11.11, hidangan berasaskan nasi telah meningkat lebih kurang 3x ganda dari segi tempahan berbanding hari biasa. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati nasi sebagai makanan ruji, tetapi juga berpusu-pusu memanfaatkan tempoh promosi untuk merebut nilai terbaik untuk tempahan mereka,” tambahnya. 


1https://www.statista.com/statistics/756920/malaysia-meat-consumption-per-capita-by-type/  

https://rice-processing.com/analysis-on-rice-industry-in-malaysia.html 


ShopeeFood telah ditubuhkan pada 2021 untuk membantu penggunanya mendapat manfaat daripada pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, dengan menyediakan pelbagai pilihan kedai makan, daripada restoran popular hingga gerai jalanan, pada nilai terbaik. Membentuk sebahagian daripada ekosistem sedia ada Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ditambah dengan tawaran dan promosi yang menakjubkan sepanjang tahun, ShopeeFood turut menawarkan rakyat Malaysia dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran. 

Pengguna ShopeeFood Nilaikan Restoran Lima Bintang Kegemaran Mereka 

ShopeeFood meninjau pilihan penggunanya untuk mengetahui hidangan nasi dan ayam goreng terbaik di Kota Kinabalu, Kuala, Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Ipoh. Walaupun Nasi Lemak, Bubur Ayam, Nasi Kukus dan ayam goreng tetap menjadi kegemaran sepanjang zaman – kami turut mendapati bahawa pengguna juga menggemari kepelbagaian hidangan daripada Timur Tengah, Korea, Antarabangsa dan Jepun. 

Berikut adalah senarai lima restoran terbaik dari seluruh Malaysia yang dipilih oleh pengguna ShopeeFood, sebagai tempat terbaik jika anda teringin untuk menikmati hidangan nasi dan pelbagai jenis ayam goreng. 

Kota Kinabalu, Sabah 

Sama ada masakan Timur Tengah, Jepun dan tempatan – penduduk Sabah memang sukakan kepelbagaian dan pilihan kegemaran mereka akan membuatkan anda rambang mata! 

Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi) 
Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng) 
Restaurant Nasi Mandi @ Lorong Plaza Kingfisher 
Kopi Ping Cafe @ Gaya Streets 
Goku Mozza Chs Crndog Boba BrownSugar 
Recipes House Damai Plaza 
Miyabi Express (Funky Farm) 
Restaurant Nasi Mandi @ Lorong Plaza Kingfisher 
Goku Mozza Chs Crndog Boba BrownSugar 
Miyabi Express (Funky Farm) 
Wo Yen Kee @ Jalan Damai 
Yam Yam Cafe @ Penampang 

Kuala Lumpur dan Putrajaya 

Sama ada Nasi Campur atau masakan Cina, pengguna kami sudah tahu di mana untuk mendapatkan makanan yang enak. Untuk hidangan nasi dan ayam goreng bertaraf lima bintang terbaik, klik sahaja pada pautan di bawah dan pengguna ShopeeFood akan tunjukkan jalannya! 

Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi) 
Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng) 
Klasik Aroma Salai Desa Petaling 

Nasi Lemak @ Sunny Food Republic KL 

Lan Zhou Mee Tarik @ Bukit Bintang 

Warung DD 

Takoyaki Leleh Masok – Kg Baru 
Krayz Kitchen Cheras 

Restaurant Man Kee Kepong 

Minang House @ Segambut Dalam 

My Utara Burger Kuala Lumpur 

Komo Cafe @ TTDI 

Pulau Pinang 

Nun di utara, di Pulau Pinang yang merupakan syurga makanan, selain hidangan Pulau Pinang yang unik, pengguna juga menggemari makanan Timur Tengah seperti Mandi Chicken dan burger ayam goreng yang empuk. 

Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi) 
Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng) 
ZUS Coffee @ Jelutong 
Mr. Shawerma @ USM Plaza Ivory 
Familymart Jalan Burma Penang 
Tanduk Bihun Sup Utara Bayan Lepas 
Mr. Shawerma @ QueensBay Mall 
Tanduk Bihun Sup Utara Bayan Lepas 
The BRGR @Jln Nagor 
Farmer’s Market Promenade 
Soft Soya Cafe Teras Jaya 
Tunas Bistro Jalan Paya Terubong 

Johor 

Orang Johor menggemari ayam goreng tradisional mereka yang dhidang bersama nasi. Selain itu, rakyat Johor memilih sup ‘hotpot’ untuk dihidangkan bersama nasi mereka, ayam goreng dengan herba dan rempah ratus, serta kombo kari dan nasi yang membangkitkan selera. 

Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi) 
Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng) 
Marrybrown @ Kluang Econsave 
Donkey Restoran Restoran Tyson 
Bubur Ayam Batu Pahat 
Embrace Hall Cafe @ Jalan Impian Emas 
Shu Da Xia Hotpot @ Taman Sutera Utama Skudai 
Gang Shi Fei @ Taman Nusa Bestari 
Bliss Cafe Danga Bay 
Tea Garden Aeon Mall Kulai 
DMR Segar Dim Sum Halal Sutera Mall 
Nasi Kukus Station D Mawar Cafe 

Ipoh, Perak 

Terkenal dengan budaya Hakka, tokong bersejarah di dalam gua dan bandar lama kolonial, Ipoh sememangnya terkenal dengan makanannya. Selain hidangan warisannya yang pelbagai, nasi lemak, ayam goreng ‘chicken chop’ dan ayam goreng Korea juga berjaya merebut tempat dalam senarai kegemaran orang Ipoh. 

Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi) 
Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng) 
Capati Warisan Pak Lang PGA AZ Qifayah @ Batu 8 
Mee Udang Ketam & Masakan Thai @Tmn Tnjg Perdana 
R Heritage Recipes @ Meru B2 Ipoh 
Alieya Cafe @ Taman Mas 
Restoran Nasi Kandar Bharkat @ Taman Cempaka 
Capati Warisan Pak Lang PGA AZ Qifayah @ Batu 8 
Cikgu Fuad Catering @ Kampung Jana Sambungan 
R Heritage Recipes @ Meru B2 Ipoh 
Chego Taiping 
Restoran Anjung D’ Puncak Chemor 

Selangor 

Dan akhirnya, Asam Pedas bersama nasi mempunyai tempat yang istimewa di hati orang Selangor, tidak lupa juga ayam goreng Ayamas kegemaran sepanjang zaman, serta ayam goreng Korea. 

Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan nasi) 
Nama Restoran 
(Diberi lima bintang untuk hidangan ayam goreng) 
Labbaik Ruzz Tent & Cafe @ Taman Melawar 
D Westurn Talam Jalan Iskandar 
DubuYo Mini Plaza Shah Alam 
Salai D’House WgsaMlawati 
D Lawang Asam Pedas Klang 
Restoran Asmaas Nasi Kandar Kuala Selangor 
Kedai Ayamas Seksyen 9 
K-Wing @ Taman Perindustrain Ehsan Jaya 
Nasi Berlauk Abe @ Klang 
Kafe An Nur’s @ Denai Alam 

Dah Lapar? Nikmati Promosi Jualan 12.12 Promo Istimewa Untuk Anda! 

Kini, jualan akhir tahun 12.12 sudah pun tiba! Dapatkan tawaran eksklusif dari pelbagai restoran dan pesan semua makanan kegemaran anda dengan tawaran hebat ini: 

  • Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan min RM0 
  • Tawaran Super Deals sehingga 50% DISKAUN untuk peniaga terpilih seperti Restoran Jamal Salim, Nasi Kandar Anak Mami Sembulan, IJAH AISYAH CAFÉ, Guilt Free Society, Royal Fried Chicken, Royal Fried Chicken (RFC) Centre Point dan banyak lagi. 
  • Shocking Sale RM12 bermula dari 6hb – 12hb Disember 2022 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: