Terkini

Kabinet akan putuskan isu berkait pelawat luar negara – Menteri Kesihatan

Kuala Lumpur – Sebarang keputusan berkaitan ketibaan pelawat luar negara khususnya dari China perlu dibincangkan secara komprehensif dan diputuskan di peringkat Kabinet, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat secara bersama dengan mengambil input daripada pelbagai kementerian dan bukan hanya Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja kerana ia melibatkan aspek ekonomi, pelancongan serta keselamatan rakyat.

Katanya beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi sesi taklimat berkaitan isu pelawat luar negara yang akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Esok, kita akan bentangkan fakta yang kita ada dan sebarang kemungkinan berkaitan. Insya Allah kita harap ada satu keputusan terbaik yang mengimbangkan dari sudut sains dan data serta persepsi masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di Sepang semalam.

Lonjakan ketara kes Covid-19 di China mengundang kegusaran banyak pihak termasuk rakyat Malaysia yang mahu kerajaan mengambil langkah kawalan terbaik seperti melakukan ujian saringan Covid-19 sebaik pelawat tiba di pintu sempadan negara.

Dr Zaliha berkata ketibaan pelancong luar negara di kedua-dua lapangan terbang itu dipantau tanpa sebarang diskriminasi setakat ini dan sekiranya didapati tidak sihat mereka akan dihantar ke fasiliti kesihatan terdekat.

Menurutnya beliau berpuas hati dengan langkah yang dilaksanakan buat masa ini berkaitan pencegahan Covid-19.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah pencegahan seperti disarankan KKM iaitu pemakaian pelitup muka dan menerima dos penggalak, selain menjaga kesihatan kendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: