Terkini

Hutang negara cecah RM1.5 trilion – Anwar

Hutang negara sudah mencecah hampir RM1.5 trilion termasuk liabiliti sedia ada walaupun sesetengah pihak mempertikaikan jumlah itu yang dikatakan berubah-ubah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kedudukan hutang negara terkini itu sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurutnya, ia turut memberi kesan apabila Bajet Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun 2022.

“Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini.

Anwar berkata, ketika ini kemerosotan ekonomi masih belum reda manakala keadaannya masih malap yang turut terkesan dengan perkembangan antarabangsa global, serta pasca Covid-19.

“Kalau ikut unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri pun, ia (ekonomi) terus menurun,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, semua pihak termasuk kepimpinan dan wakil kementerian harus menerima kenyataan itu, bahawa ia bukan lagi urusan biasa selain mereka tidak seharusnya terus selesa.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh lagi ‘membuaikan’ minda rakyat dengan perkara tidak realistik tanpa melihat kenyataan sebenar dan pimpinan kerajaan harus keluar dari budaya selesa.

“Wakil kementerian harus terima kenyataan ini bahawa tidak boleh lagi ‘business as usual’, tak boleh lagi kekal budaya selesa, seolah-olah semuanya okey dan mendakwa ‘kamilah hebat’, ‘catat kejayaan tinggi’, projek semua baik.

“Itu kenyataan hambar bertentangan dengan data, sebab itu kita mulakan dengan memberikan angka sebenar.

“Ada cara pendekatan yang berbeza, kita tak boleh tangani ekonomi 2023 kalau ada budaya selesa yang tidak mampu memacu pertumbuhan ekonomi diharapkan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: