Gaya Hidup

Kempen “Share The Love, Share The Golden Break” KitKat® Mengeratkan Kasih Sayang Semasa Tahun Baru Cina 

Perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba. Inilah masanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama rakan dan keluarga setelah melalui pelbagai cabaran dalam tahun sebelumnya. KitKat® Nestlé melancarkan kempen perayaan “Share The Love, Share The Golden Break” dengan menawarkan pelbagai produk Tahun Baru Cina yang menarik, menampilkan KitKat® Gold Edisi Terhad dan peluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM350,000 termasuk jongkong emas tulen KitKat®.

Dalam budaya masyarakat Cina, Tahun Arnab dianggap sangat bertuah kerana mereka yang dilahirkan di bawah tanda zodiak ini merupakan seorang yang cintakan pendamaian, periang dan ramah mesra. Ciri-ciri ini mencerminkan semangat Tahun Baru Cina serta aspirasi KitKat® iaitu “Have a break, Have a KitKat®dalam menggalakkan saat-saat yang bermakna, mengeratkan hubungan kasih sayang, kebersamaan dan waktu santai bersama rakan dan keluarga semasa musim perayaan.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menjelaskan bahawa kempen “Share The Love, Share The Golden Break” bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim melalui perkongsian detik-detik bersama KitKat®. “Mencari hadiah yang sesuai bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya apabila mencari hadiah yang bermakna. Coklat terbukti dapat merangsang emosi gembira. Maka KitKat® secara konsisten memperbaharui produk coklatnya untuk dijadikan hadiah yang menarik supaya semua orang boleh menikmati sambutan Tahun Baru Cina dengan keenakan dan keseronokan, bersama orang tersayang,” menurut Juan lagi.   

Sempena kempen Tahun Baru Cina, KitKat® Gold Edisi Terhad menawarkan kombinasi lazat wafer rangup yang disaluti dengan dua lapisan coklat susu dan dipadankan dengan perisa karamel yang enak kepada para pengguna. KitKat® Gold dibawakan dalam bungkusan berwarna emas dan merah yang melambangkan tuah dan kemakmuran dengan motif perhiasan perayaan bagi menjadikannya hadiah yang sesuai untuk dikongsi dan ‘cele-break’ bersama rakan dan keluarga. 

Pilihan coklat KitKat® Tahun Baru Cina dibawakan dalam pelbagai pakej menarik – antaranya Tin Hadiah Arnab Tahun Baru Cina KitKat® yang menampilkan replika coklat arnab berisi kepingan wafer KitKat® hancur yang rangup. Pek hadiah ‘Cele-break’ menawarkan pelbagai pilihan coklat KitKat® yang digemari ramai manakala Pek Mini KitKat® 9g disertakan dengan beg kembara menarik berinspirasikan KitKat® dan Tahun Baru Cina.

Bersempena dengan kempen “Share The Love, Share The Golden Break”, KitKat® telah menganjurkan pameran promosi selama 5 hari bertempat di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid. Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menarik, sampel coklat KitKat® dan sertai peraduan “Win Gold” KitKat®.  

Peraduan “Win Gold” KitKat®, yang kini berlangsung selama 8 minggu sehingga 20 Februari 2023, menawarkan hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000, termasuk Hadiah Utama iaitu 8 unit jongkong emas tulen KitKat® 4-Jejari dan 8 unit jongkong emas tulen KitKat® 2-Jejari bersaiz sebenar untuk dimenangi. Hadiah-hadiah terdiri daripada:

  • 1x pemenang mingguan Hadiah utama: Jongkong Emas 4-Jejari KitKat® bernilai RM16,500 setiap satu
  • 1x pemenang mingguan Hadiah pertama: Jongkong Emas 2-Jejari KitKat® bernilai RM8,500 setiap satu
  • 3x pemenang mingguan Hadiah istimewa: RM888  
  • 88x pemenang mingguan Hadiah mingguan: RM188  

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.nestle.com.my/brands/confectionery, FB di https://www,facebook.com/KitKatMalaysia dan IG di http://www.instagram.com/KitKatMalaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: