Politik

Negeri Sembilan cadang bubar DUN 1 Jun

Kuala Lumpur – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau yang juga Naib Presiden PKR bagaimanapun berkata cadangan itu akan dibincangkan terlebih dahulu bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Kita belum bincang dengan Majlis Presiden, tapi cadangannya bubar pada 1 Jun, hanya cadangan, esok-esok (adakan) perbincangan mungkin akan berubah (tarikh bubar). Kita juga akan ada mesyuarat menteri besar hujung bulan dua ini, kita akan bincang secara tidak formal, insya-Allah.

“… Jun bubar, lepas itu terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nak buat PRN bila dalam tempoh 60 hari (lepas bubar DUN).. maknanya bersama (negeri lain), tak ada masalah,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Seremban hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan selepas pertengahan Jun mengambil kira beberapa faktor termasuk bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri, tempoh ibadah haji serta sambutan Aidiladha.

Selain Negeri Sembilan dan Kedah, empat lagi negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ial

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: