Politik Terkini

Zahid yakin RoS lulus usul jawatan presiden, timbalan presiden tak ditandingi

Kuala Lumpur – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan meluluskan usul untuk dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Presiden Umno itu berkata, pihaknya mengemukakan semua maklumat diperlukan RoS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 lalu.

Beliau turut yakin Umno telah mengikuti sepenuhnya peraturan mesyuarat sebelum membuat ketetapan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditandingi.

“Saya yakin sebelum tempoh 60 hari kita akan memperoleh jawapan yang positif daripada RoS,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ditemui media di Dewan Rakyat.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli Umno membuat aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022.

Aduan berhubung jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, dikemukakan ahli Umno Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli Umno Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.

Mereka meminta RoS menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: