Terkini

Aviation Career Malaysia tawar ‘Belajar Terus Kerja’ dalam industri penerbangan

Petaling Jaya – Aviation Career Malaysia merupakan platform yang bernaung dibawah YEG Academy (M) Sdn. Bhd kini berkerjasama dalam penubuhan sebuah institusi pendidikan, MEATECH College yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih mendalam tentang bidang-bidang dan kelebihan serta laluan kerjaya yang ditawarkan di Aviation Career Malaysia bagi memudahkan bakal pelajar memilih bidang yang tepat menerusi Diploma dalam bidang penerbangan.

Aviation Career Malaysia yang bergerak di bawah kempen YEG Pesta Sambung Belajar dengan tawaran belajar terus kerja adalah bertujuan untuk mengetengahkan program diploma yang semakin berkembang dan menjadi tarikan ramai anak muda pada masa sekarang.

Mahupun begitu, selaras dengan isu terkini di bidang pendidikan iaitu 72% pelajar lepasan SPM yang tidak berminat untuk sambung belajar kerana kebanyakan mereka tertarik untuk terus bekerja, YEG Academy (M) Sdn. Bhd. mengetengahkan Diploma in Aviation kepada semua rakyat Malaysia terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengasas YEG Academy iaitu Azizulhakim Suhaimi berkata, industri penerbangan tempatan menyumbang 3.5 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dan pihak IATA (The International Air Transport Association) telah mengeluarkan statistik bahawa industri penerbangan tempatan memerlukan 450,000 tenaga kerja.

“Fakta tersebut jelas menunjukkan bahawa masa depan pelajar dalam bidang penerbangan cukup cerah. Peluang pekerjaan dijamin. Saya sedar sebelum ini kebimbangan timbul sama ada industri penerbangan mampu pergi jauh atau tidak memandangkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Namun, pada hari ini apabila pintu sempadan kembali dibuka dan industri penerbangan kembali normal peluang pekerjaan semakin banyak. Selama tiga tahun ini, seramai 3,500 pelajar kami telah keluar dan bekerja dalam syarikat-syarikat penerbangan serta syarikat perkhidmatan pengendalian darat tempatan serta Singapura. 

“Bahkan, YEG Academy dengan kerjasama MEATECH juga merupakan kolej pertama yang mewujudkan diploma khas untuk industri kargo.

“Apabila pandemik melanda, syarikat kargo sudah mula mengembangkan perniagaan mereka dan mereka memerlukan ramai tenaga kerja. Oleh itu, pihak kami dipanggil untuk mewujudkan diploma pertama dalam e-kargo untuk menyediakan tenaga profesional kepada syarikat penerbangan. 

“Ketika kami bermula, memang tidak dikenali, tetapi hari ini kami antara kolej yang mengeluarkan pelajar paling ramai yang bekerja dalam syarikat penerbangan. Kami berbeza dengan kolej lain kerana setiap kursus yang ditawarkan dipilih secara teliti supaya apabila pelajar menamatkan pengajian permintaan tenaga kerja dalam bidang yang dipelajari mereka masih tinggi,” katanya.

Menerusi kempen itu, YEG Academy yang bekerjasama dengan MEATECH sejak 2018 menawarkan pelbagai diploma dalam bidang penerbangan.

Antaranya, Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan, Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo, Pra Diploma Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat. Keistimewaanya pengajian yang ditawarkan berkonsep ‘Belajar Terus Kerja’ dimana jaminan pekerjaan dalam industri penerbangan selepas tamat pembelajaran.

Pada majlis pelancaran ini juga, penghargaan dan penghormatan turut diberikan kepada syarikat-syarikat penerbangan yang telah banyak berjasa dan membantu mengambil ramai pelajar daripada MEATECH untuk bekerja di syarikat mereka seperti Malaysia Airline, Air Asia, Batik Air, Ground Team Red, DHL, Pos Aviation dan juga Aerodarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: