Politik

Pelantikan Azeez sebagai pengerusi Keda akan diteliti semula – Anwar

Kuala Lumpur – Pelantikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) akan diteliti semula, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. 

“Saya bincang dengan Presiden Umno Zahid (Ahmad Zahid Hamidi), belum dihantar surat, kita akan teliti semula, belum ada pelantikan,” katanya. 

Beliau demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya di Ipoh hari ini.

Anwar berkata demikian bagi mengulas mengenai pelantikan beberapa pemimpin Umno ke dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mendapat kritikan pelbagai pihak. 

Pada 5 April lepas Abdul Azeez Abdul Rahim diumum oleh Zahid sebagai pengerusi Keda. 

Sementara itu Anwar berkata pelantikan pemimpin Umno ke dalam GLC adalah berdasarkan kelayakan dan mereka yang dilantik perlu mengikuti syarat ketat. 

“Ia juga bukan syarikat tersenarai awam, kalau ada kelayakan kita akan lantik. 

Syarat-syarat kita ketat, mereka (yang dilantik) mesti bertanggungjawab, tak boleh berbelanja lebih, elaun juga dihadkan ikut kelayakan,” katanya. 

BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: