Kuala Lumpur – Selepas hampir tujuh tahun, ‘permata’ terbaharu dalam arena pembangunan integrasi Malaysia, pusat beli-belah Datum Jelatek yang telah dibuka sepenuhnya kepada pengunjung pada 26 November 2022 lalu, semakin dikenali sebagai pusat membeli belah yang lebih santai.
Projek pembangunan Datum Jelatek ini dibangunkan oleh DatumCorp International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Hartanah) PKNS, Ir. Haji Md Kamarzan Md. Rais berkata berkata inisiatif itu sekali gus bakal memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitar Jelatek, Keramat, Setiawangsa, Ampang dan kawasan yang berdekatan untuk menikmati serta mencari kepelbagaian urusan harian makanan serta tempat yang begitu mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai kemudahan awam LRT.

“Penyewaan ruang niaga disini masih belum penuh dan dijangka mencapai 95 peratus menjelang suku keempat 2023, kami mengalu-alukan lebih ramai rakan bisnes untuk bersama kami” katanya.
Antara jenama yang berada di Datum Jelatek Shopping Centre termasuklah The Food Merchant, Healthlane Pharmacy, Guardian, Burger King, A&W, KFC, Four Fingers, Kenny Rogers, Krispy Kreme, Hot&Roll, LLAO LLAO, Nice to CU, Nur Shop, Mee Hiris, Ayam Penyet, United Optometry, Original Classic, PISB, Bounce Kids World.
“Kita juga mempunyai pelbagai rangkaian kopi seperti Starbucks, Jamaica Coffee, Locca Cafe, Mesra Coffee, Tealive, Gigi Coffee dan Zus Coffee,” jelasnya lagi ketika ditanya dalam majlis rumha terbuka Datum Jelatek semalam.
Tambahnya lagi, Projek sulung DatumCorp iaitu Datum Jelatek ini telah dimulakan pada 2014 dan siap sepenuhnya pada tahun 2021 dengan pelbagai cabaran dihadapi termasuklah pandemik sehingga menyebabkan projek ini terpaksa dihentikan seketika selain isu-isu lain.

Datum Jelatek ini berkeluasan 500,000 kaki persegi ini mampu melonjokkan penjualan unit kediaman sekali gus merancakkan kitaran ekonomi negeri dan juga meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat setempat.
Selain pusat beli-belah, pembangunan Datum Jelatek melibatkan Datum Jelatek Residence yang merangkumi 712 unit pangsapuri mewah dengan lebih daripada 50 kepelbagaian fasiliti dan dikelilingi kemudahan awam antaranya seperti transit aliran ringan (LRT) dan klinik kesihatan.
Majlis rumah terbuka Datum Jelatek diadakan di ruang tengah pusat membeli belah tersebut bagi meraikan orang ramai dan rakan strategik disamping mempromosi lokasi tersebut.