Petaling Jaya – Produk penjagaan kulit wajah perlu mengandungi bahan yang merangkumi pelbagai keperluan kulit seperti antioksida, bahan menambah nutrien yang hilang untuk kulit serta bahan memulihkan kulit.
Berbeza dengan produk lain yang hanya memfokuskan untuk mencerah dan menganjalkan kulit, serum Millefleur mengandungi pelbagai manfaat dengan formulasi hebat dari bahan-bahan semulajadi yang tertumpu memrikan rawatan kulit sepenuhnya.

Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, selepas mengkaji khasiat aloe vera yang mampu merawat semua jenis kulit serta mempunyai ciri penyembuhan terhadap masalah kulit, ia sekali gus memberi inspirasi kepada Golden Millefleur Trading Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan aloe vera menerusi jenama Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum.
“Idea ini terhasil apabila salah seorang ahli keluarga kepada pengasas produk ini mengalami masalah kulit muka. Dia menggunakan aloe vera yang dipotong, kemudian di simpan di dalam peti sejuk dan digunakan untuk mengosok muka setiap hari sehinggalah masalah jerawat berjaya diatasi dan kulit wajah menjadi bersih dan licin.
“Jadi timbul idea untuk menjadikan aloe vera sebagai asas utama dalam pembikinan produk serum kecantikan ini. Ditambah pula dengan dua bahan utama iaitu Alpha Arbutin\ dan Sodium Hyaluronate mampu membantu meningkatkan kemulusan kuit dan menjadikannya cerah dan bersiri dari dalam,”katanya.

Beliau menambah lagi, kajian RND dijalankan selama 1 tahun bagi mendapatkan formulasi terbaik sesuai kulit wajah warga Asia seawal remaja.
“Serum ini tiada masalah digunakan pada peringkat umur apa pun kerana bahan-bahan yang digunakan 100% dari bahan alami dan tiada kandungan kimia, ia juga diperakui dengan notifikasi KKM dan sijil halal” ujarnya.
Meletakkan sasaran 1 rumah 1 serum Millefleur menjelang tahun 2024, produk ini bakal menembusi pasaran Asia terutama Singapura, Thailand, Brunei dan Filipina.
Dalam majlis pelancaran, turut diumumkan selebriti Wanna Ali sebagai duta produk.
Menurut pengasasnya lagi, pihaknya juga yakin Wanna adalah pilihan yang tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas dalam semua platform media.

“Kami juga sangat kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna.
“Selari dengan kempen #WakingUpToHealthySkin, Millefleur turut menghasilkan tiga versi iklan video muzik,” katanya.
Wanna turut berkongsi kebaikan dari Millefleur yang memberikan banyak perubahan yang baik pada wajahnya.
‘’Produk ini sangat bagus kerana terdapat kebaikan 3 dalam 1 dan saya percaya produk ini kerana terkejut dengan hasil diberikan terutama melihat pengasasnya yang sudah berumur 50 tahun ke atas tapi kulitnya masih cantik walaupun lelaki.
‘’Sebelum ini saya memang susah hendak percaya produk tempatan namun saya cuba dahulu selama sebulan dan ia ternyata bagus kerana mengandungi organik yang menyebabkan saya bersetuju untuk menjadi duta,” jelasnya.
Sementara itu, dengan setiap pembelian Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum berharga RM118, pelanggan boleh menyertai peraduan #WakingUpToHealthySkin dengan memuat naik video kreatif anda bersama produk di media sosial beserta hashtag #WakingUpToHealthySkin #Millefleur dan ikut media sosial Millefleur @millefleurhq.
