HFR_67

Kuala Lumpur – Karnival Kedah Best 2023 menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung memeriahkan pelbagai acara yang telah dirangka. Selain itu, penampilan selebriti, Bell Ngasri juga bakal mengegarkan karnival tersebut.

Juara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35 itu turut berkolabrasi bersama penganjur, Iconic Sky Entertainment dan dilantik sebagai duta produk minyak wangi jenama Sky, Bell Edition.

Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail berkata, pemilihan Bell Ngasri adalah bagi menarik orang ramai hadir ke karnival disamping membeli wangian tersebut yang dikeluarkan eksklusif hanya bagi penjualan tempoh program berlangsung.

“Kami yakin Karnival Kedah Best dapat menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti pertandingan emancing, perhimpunan Motor, jualan t-shirt serta booth jualan makanan.

Menerusi wangian Bell Edition, ia tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener. Bagi setiap pembelian sebotol wangian lelaki atau perempuan akan menerima wangian kereta secara percuma seterusnya melayakkan diri menyertai cabutan bertuah.

Bintang Paling Popular, Bell Ngasri bersama Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail (kiri) pada sidang media Karnival Kedah dan majlis pengumuman jadi duta Bell Edition di Shook, Hotel JW Marriot, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Pengunjung yang hadir boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan wang tunai dengan setiap pembelian.

Menurut Danial lagi, syarikat menletakkan sasaran sebanyak 50,000 unit produk Sky akan terjual sehingga akhir tahun ini.

“Produk ini hanya dijual sebagai edisi terhad sempena Karnival Kedah Best sahaja yangbertepatan dengan visi syarikat untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan.

“Sebagai pemain baharu dalam industri ini, besar harapan kami untuk memperkenalkan wangian Sky kepada peminat wangian tempatan seterusnya memikat hati orang ramai.

“Kami juga percaya Bell mempunyai potensi besar untuk membawa jenama Sky dengan lebih meluas kerana nama beliau yang besar dan bergelar bintang paling popular sebelum ini,” kata Danial.

Bell Ngasri yang turut hadir dalam sidang media melahirkan rasa teruja ketika dilantik sebagai duta wangian.

“Ini adalah kali pertama saya dilantik menjadi duta produk minyak wangi dan Alhamdulillah, ini rezeki yang saya terima juga selepas menang ABPH.

“Jadi, saya berharap orang ramai akan datang ke Karnival Kedah Best nanti dan dapatkan minyak wangi limited edition ini disamping kita beramah mesra” tambahnya.

Karnival Kedah Best akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember depan.


Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading