Landing_Page_ANMS_CHALLENGES_-03

Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Immunity Challenges melalui platform media sosial TikTok.

KKM dalam kenyataan berkata, cabaran bertemakan Tingkatkan Imuniti Badan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pembudayaan hidup sihat.

“KKM bekerjasama dengan lima pempengaruh media sosial TikTok bagi menjayakan cabaran ini yang berlangsung selama tiga bulan.

“Cabaran berkonsep interaktif ini bukan saja menyebarkan maklumat pembudayaan hidup sihat kepada masyarakat malah menguji kreativiti peserta melalui penghasilan video kreatif,” katanya.

Antara pempengaruh yang terbabit ialah Yazmin Aziz, Jayden Chong, Thiyagu B, Mr. Shaque dan Nurhayati Tahir.

Kenyataan itu berkata, peringkat pusingan pertama sudah bermula dari 31 Disember lalu sehingga 2 Mac depan.

Pemenang akan diumumkan secara langsung bersama-sama dengan pempengaruh di TikTok MyHealthKKM pada April nanti.

“Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai menanti pemenang,” katanya.

Maklumat lanjut di TikTok rasmi MyHealthKKM @MyHealthKKM atau layari laman sesawang https://www.infosihat.gov.my/.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading