9e5ed840-6d61-47b4-a126-2f2dff82161e

Kuala Lumpur – Anugerah Carta 114 merupakan sebuah platform pengiktirafan yang memberikan penghormatan kepada bakat penggiat seni terbaik dalam industri nasyid dan lagu ketuhanan Malaysia.

Anugerah Carta 114 (AC114) musim pertama ini dibuat bagi menghargai karya para penasyid, penulis lagu, pemuzik video serta para penonton setia.

Enam kategori utama telah dipertandingkan sepanjang rancangan Carta 114 mula disiarkan setahun yang lalu. Kategori tersebut adalah Artis Solo Pilihan, Artis Kumpulan Pilihan, Lirik Terbaik, Muzik Video Terbaik, Susunan Muzik Terbaik dan Lagu Pilihan Peminat.

Penonton diberi kuasa penuh untuk memilih pemenang mingguan menerusi undian kod QR dan pautan yang dikongsi di kaca televisyen pada setiap episod siaran rancangan ini.

Pada musim pertama ini menyaksikan InTeam memenangi dua kategori sekaligus dengan membawa pulang jumlah kemenangan RM20,000.

Melalui lagu Selimut Kasih hasil komposer Syah InTeam dan penulis lirik Ahmad Fedtri Yahya yang dinyanyikan oleh Syam InTeam dalam Anugerah Carta 114 yang bersiaran langsung malam tadi, mengungguli dua kategori antaranya Juara Anugerah Carta 114 dan Anugerah Vokal Terbaik.

Lagu yang bertemakan isu semasa berkenaan pelarian Syria yang masih berjuang mencari pembelaan diatas kezaliman dan kesengsaraan.

Selain itu, lagu ini juga dicipta bertepatan dengan isu global masa kini dimana serangan zionis Israel terhadap Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa yang korban syahid di bumi Gaza.

Anugerah Carta 114 juga menyaksikan Ustaz 3 Beradik dengan lagu Si Bujur Sireh memenangi Anugerah Persembahan Terbaik.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading