DSC_2052 (1)

Kuala Lumpur – Pengimport dan pengedar produk daging halal, FNF Golden Gate Sdn Bhd melangkah setapak dalam industri makanan dengan memperkenalkan produk baharunya iaitu daging sedia dimakan (ready to eat) di bawah jenama Hamid’s Gourmet.

Jenama tersebut mempunyai enam jenis pilihan produk antaranya Wangyu Tomahawk, Smoked Beef, Beef Meatball, Chicken Green Curry, Chicken Meatball dan Beef Kofta. Kesemua produk ini dihasilkan dari daging lembu dan ayam bermutu tinggi tempatan.

This image has an empty alt attribute; its file name is just.just_.jpg

Pengarah FNF Golden Gate, Ali Imran Che Ahmad Shakri berkata, produk sedia dimakan ini merupakan satu cabang baru bagi perniagaan syarikatnya menceburi industri pemakanan.

“Syarikat kami sebelum ini merupakan pengedar daging lembu dari India yang dijalankan secara business to business (B2B) , dimana kami akan proses dan bawa masuk ke Malaysia disamping mengeksport ke Thailand, Singapore, Vietnam dan beberapa negara lain.

“Kali ini kami ingin lebarkan perniagaan dengan menceburi industri makanan dengan mengeluarkan produk-produk daging dan ayam dari bekalan tempatan.

“Kita yakin produk terus kepada pengguna (B2C) ini akan menjadi pilihan kerana menggunakan daging berkualiti dengan harga berpatutan” katanya dalam sidang media yang berlangsung di reruai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-20 (MIHAS), MATRADE disini hari ini.

“Tujuan kami melalui Hamid’s Gourmet adalah untuk menembusi pasaran eksport dan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai pengimport daging, tetapi juga sebagai pengeksport yang berjaya. 

“Kami ingin memastikan produk daging tempatan mendapat tempat di pasaran global. Pada masa sama ingin mengurangkan kebergantungan negara kepada import,” tambahnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is proses-pembuatan-5-1.jpg

Jelasnya, pihaknya sudah melaksanakan pertemuan dengan pelbagai pembeli berpotensi dan pemain industri dari luar negara dan melalui pertemuan itu, kebanyakan mereka komited untuk menjalin kerjasama.

Beliau berkata, FNF Golden Gate juga komited dalam menggunakan sepenuhnya lembu tempatan dengan menjalin kerjasama dengan penternak tempatan selain mengusahakan ladang ternakan lembu.

Pada 2023, FNF Golden Gate telah mencatatkan pendapatan melebihi RM100 juta dan kini menyasarkan untuk mencapai pendapatan lebih daripada RM150 juta menjelang akhir 2024, dengan langkah-langkah strategik dan pelancaran jenama baharu.

This image has an empty alt attribute; its file name is dsc_2070.jpg
Pengarah FNF Golden Gate, Ali Imran Che Ahmad Shakri (kanan), Pengarah Bersama, Mujahid Che Hamid (tengah) dan rakan strategik, Pengarah Eksekutif Eurofresh Sdn Bhd, Jasmeen Dhillon

“Kami berhasrat untuk membawa jenama Hamid’s Gourmet ke pasaran Eropah dan menjadi pilihan makanan halal utama disana.

“Negara kita memiliki sijil halal yang diperakui seluruh dunia dan ini lebih memudahkan produk ini dipasarkan di pasaran global” ujarnya lagi.

Selain itu, dengan adanya Hamid’s Gourmet, ia turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekitar Perlis melalui kilang pemprosesan produk sedia untuk dimakan itu.





Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading