71736649078_PLKNkonsepformat
Sebuah program latihan sukarela, PLKN 3.0, bermula di Kuala Lumpur dengan 150 pelatih berusia 18 hingga 25 tahun mendaftar di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah. Program ini, yang telah dimansuhkan selama tujuh tahun, bertujuan memupuk patriotisme dan perpaduan dalam kalangan belia, berlangsung selama 45 hari hingga 25 Februari.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 150 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini, bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula secara rasmi hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan.

Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi bagi mengikuti program selama 45 hari itu, diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.

Proses pendaftaran bermula pada 7 hingga 11 pagi dan berlangsung dalam keadaan cuaca mendung.

Kesemua pelatih bagi Latihan Percubaan PLKN 3.0 berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun itu akan menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan hingga 25 Feb ini.

Pelaksanaan semula program itu yang dijalankan secara berperingkat bertujuan memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia, selain melengkapkan mereka dengan ketahanan menghadapi cabaran hidup menerusi pengalaman latihan fizikal dan mental.

— BERNAMA

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading