f1264360-6abb-11ef-9a8d-e39146dafe03
Khabib Nurmagomedov, a former UFC champion, was removed from an Alaska Airlines flight after a dispute with cabin crew over his seating at an emergency exit. The incident occurred at Harry Reid International Airport when the flight attendant questioned his ability to assist in emergencies. Despite offers to change seats, Nurmagomedov refused.

BEKAS juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Alaska Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.

Laporan media antarabangsa menyebut, insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, apabila pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.

Dalam rakaman video yang tular, pramugari berkata dia tidak boleh membenarkan Nurmagomedov duduk di situ dan memberi pilihan untuk menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.

Bagaimanapun Nurmagomedov menolak, menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana dia telah mematuhi semua prosedur dan menjelaskan bahawa dia fasih berbahasa Inggeris seperti diminta di kaunter daftar masuk.

Walaupun diberi pilihan tempat duduk lain atau menaiki penerbangan seterusnya, Nurmagomedov enggan berganjak.

Akibatnya, beliau dan rombongannya diiring keluar dari pesawat.

Difahamkan, Nurmagomedov sedang menuju ke Los Angeles untuk menyokong rakan sepasukan dalam acara UFC 311 pada 18 Jan.

Setakat ini, Alaska Airlines dan Nurmagomedov belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut yang dipercayai berlaku pada 11 Jan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading