473075102_1182058983275667_2994403855790070134_n

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba di Pejabat Perdana Menteri, 10 Januari, 2025. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza, Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapan khas pada Rabu memaklumkan usaha bersama Kerajaan Jepun untuk menubuh dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur membangunkan Gaza termasuk dengan pembinaan infrastruktur termasuk sekolah, rumah sakit dan masjid.

“Alhamdulillah, atas usaha Kerajaan dan Menteri Luar kita telah dapat kepastian supaya dapat disegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama Kerajaan Jepun dan Malaysia yang berhasrat untuk menubuhkan dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur maknanya program Asia Timur untuk membangunkan Gaza.

“Bagi pihak Malaysia dengan usaha ini dan usaha saya percaya bersama dengan rakyat dan juga kolaborasi dengan sektor swasta, insya-Allah kita akan mulakan dengan pembinaan sebuah sekolah, sebuah rumah sakit dan sebuah masjid sebagai suatu usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat. Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin,” katanya.

Malaysia kini dalam proses rundingan dengan negara Jepun untuk mengadakan satu persidangan untuk memikirkan kaedah bagi mengumpul dan merancang pembangunan semula Gaza.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, proses rundingan dengan negara Jepun untuk mengadakan satu persidangan untuk memikirkan kaedah bagi mengumpul dan merancang pembangunan semula Gaza bakal melibatkan negara yang mempunyai aliran pemikiran yang sama dengan Malaysia.

Kerajaan Malaysia dan Jepun bersama-sama bersetuju supaya persidangan dapat dilakukan dalam kadar segera berbanding perancangan asal, pada Julai.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading