hq720 (1)

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat berhubung laporan yang dibuat isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi berhubung dakwaan kes penipuan dana.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan dibuat wanita terbabit di Kajang, Selangor.

“Wanita itu buat laporan mendakwa ditipu seseorang.

“Kes berkenaan sedang disiasat polis,” katanya pada Rabu.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Afreena tampil membuat laporan polis pada Selasa selepas mendakwa ditipu seorang individu melibatkan wang sebanyak RM95,180.

Menerusi hantaran di Instagram, Afreena turut menyatakan dirinya yakin bahawa kebenaran akan terungkap selepas laporan berkenaan dibuat.

Terdahulu, media melaporkan, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya itu menyeleweng sumbangan awam hampir RM100,000 yang diterima daripada rakan-rakan artis.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading