3a2ae5a8-7cd2-44bc-94e5-d2fd7c2fad9f

Berbeza dengan destinasi iftar lain, Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor mengetengahkan juadah selera warisan yang membawa para pengunjung pengalaman berbuka puasa ala kampung.

Pelbagai makanan dan lauk pauk kampung disediakan bakal menjadi pilihan pengunjung seolah-olah menikmati air tangan si ibu di bulan puasa.

Menariknya disini, tetamu dihidangkan dengan keenakan Nasi Kandar Basikal asli dari Pulau Pinang. Dengan props basikal lama pastinya menggamit kenangan dan membuatkan tidak sabar untuk menikmati nasi kandar bersama kuah kari pekat.

Di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, lebih daripada 100 pilihan makanan dan pelbagai hidangan istimewa diasajikan, termasuk Live Seafood Shellout, nasi arab, gulai lemak, asam pedas dan seleksi kuih muih tradisional menjadi pilihan.

Para pengunjung yang hadir boleh menikmati juadah berbuka sambil berhibur bersama persembahan live band dan juga tarian tradisional.

Selain sajian lauk pauk, sejajar dengan konsep yang dibawakan makanan lain yang sesuai untuk kanak-kanak juga disediakan antaranya, bebola ayam goreng, bebola ikan, bubur lambuk, bubur manis dan juga aneka makanan ringan bagi menarik perhatian mereka.

Apa yang boleh kami simpulkan, berbuka puaa disini sangatlah menenagkan. Dengan ruang makan yang luas dan pilihan makanan yang ada disekeliling sangat memudahkan bagi pengunjung mengambil makanan.

Ditambah dengan dekorasi dan deruan dari angin tasik Mines sangatalah mendamaikan tanpa perlu berasak-asak.

𝐒𝐞𝐥𝐞𝐫𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐟𝐞𝐭

Dewasa : RM108 bersih

Kanak-kanak : RM58 bersih

Bufet bermula dari 

📅 : 3 Mac – 28 Mac 2025 

📍 : MBR Coffee House, Tingkat 1

⏰ ️: 6.30pm – 10.00pm

Bagi anda yang berminat membuat tempahan boleh hubungi 03-89436688. Boleh juga menghantar whatsapp di https://wa.link/658 atau email kepada info@minesbeachresort.com

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading