Kuala Lumpur – Kopetro Catering meraikan Ramadan tahun ini dengan bufet iftar pertamanya bertemakan Citarasa Nostalgia dengan membawa orang ramai menikmati juadah berbuka puasa ala kampung.
Menghidangkan pelbagai makanan tradisi aneka lauk kampung dan kuih muih pastinya membawa kita mengimbau masakan air tangan bonda di kampung.

Dengan lebih 100 menu setiap hari, pastinya anda teruja untuk menikmati kesemua hidangan yang disajikan dengan hiasan dewan yang teratur dan luas memudahkan lagi pengunjung untuk bergerak dan beratur mengambil juadah.
Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, bufet pertama ini menyajikan pelbagai makanan kampung yang sukar didapati di bandar. Tema yang dipilih bertujuan membangkitkan nostalgia dan amat sesuai untuk membangkitkan nikmat berbuka puasa bersama keluarga tersayang.
“Dengan tawaran harga bawah RM100 dan menu yang pelbagai, ianya agak sukar didapati dimana-mana bufet Ramadan di Kuala Lumpur ini.
“Namun, kami tawarkan harga serendah ini kerana ingin memberi peluang kepada orang ramai menikmati pengalaman berbuka puasa secara bufet bersama ibu bapa, anak-anak dan juga rakan-rakan.
“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan buffet Ramadan di venue ini dan kami berharap dapat memberikan pengalaman yang istimewa kepada para pelanggan. Kami berharap dapat mencipta kenangan manis untuk keluarga dan rakan-rakan yang datang berbuka puasa bersama,” katanya.

Ketua Operasi Bahagian F&B, Muhammad Hafiz Ilham Hussin menambah, pelbagai menu tradisi telah disusun sepanjang Ramadan tahun ini.
Pemilihan menu dilakukan dengan teliti bagi memastikan ianya memenuhi selera pengunjung dan memastikan mereka berpuas hati sambil dapat mempromosikan bufet ini kepada orang ramai.
“Antara menu yang kami persembahkan adalah lauk pauk kampung termasuk ayam golek oriental, kambing goreng berempah bersama kentang panggang, sup tulang rawan termasuk aneka pencuci mulut seperti pengat keledek, bubur pulut hitam, kuih loyang dan pelbagai lagi.

“Untuk kanak-kanak, menariknya kami sediakan aiskrim Malaysia pelbagai perisa serta makanan ringan lejen dan air botol Longchan.
“Kesemua hidangan kami disediakan oleh dapur sentral di Bukit Serdang yang mampu menyediakan lebih 4,000 pek makanan, dan jumlah ini cukup untuk menampung makanan berbuka puasa setiap hari” ujarnya.


Bufet Ramadan ini berlokasi di Awan Space Heritage Hall yang terletak didalam sebuah bangunan baharu yang di lokasi berdekatan dengan jalan utama ke Kuala Lumpur dan Gombak, kawasan parkingnya yang luas dan lengkap dengan kemudahah itu boleh memuatkan sehingga 320 orang dalam satu-satu masa.
Bufet ini akan bermula dari 3 hingga 28 Mac ini dengan tawaran harga serendah RM50 bagi kanak-kanak dan RM75 bagi dewasa.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi talian 019-257 7851 (Syikin), 017-527 7533 (Ridzuan), 011-1126 1866 (Fahmi), 010-400 4887 (Mamu) atau klik link di https://bit.ly/buffetcitarasanostalgia
