ea2b402e-4c1a-4600-b233-2f5e16fcbe22

Kuala Lumpur – Rekaan busana minimalis, versatil dan klasik, cerminan estetika bagi Nuria untuk memikat hati wanita bagi semua peringkat umur.

Menurut pengasasnya, Zaznuriah Zahir atau lebih mesra dikenali sebagai Zaza, jenama pakaian wanita kontemporari itu lahir di Kuala Lumpur hampir 10 tahun dan masih mengekalkan konsep ringkas serta sopan.

“Konsep dan tema rekaan Nuria menekankan kepada ringkas, sopan dan klasik.

“Tahun ini, kita kembali kepada rekaan yang lebih klasik bertujuan bagi golongan muda pada masa kini tidak melupakan konsep rekaan tradisi disamping meneruskan legasi pakaian klasik kita dahulu.

“Setiap produk yang dihasilkan mengutamakan kesederhanaan yang elegan, menampilkan pakaian yang ringkas namun tetap bergaya,“ ujar anak jati Kuala Lumpur itu.

Penampilan bersahaja namun pesona anggun dan bebas bergaya diadaptasi menerusi setiap perincian pada busana yang dihasilkan itu.

Pun demikian, beliau tetap menitikberatkan fesyen ikutan masa kini supaya tidak lari daripada trend semasa.

“Pada saya, trend kini lebih menjurus ke arah fesyen yang ringkas namun masih ada unsur-unsur klasik yang ditransformasi dengan mengekalkan prinsip dan nilai-nilai yang ditawarkan menerusi setiap helaian busana kami,“ ujarnya sambil memberitahu, nama Nuria merupakan singkatan daripada namanya yang membawa erti, wanita bercahaya.

Tambahnya, koleksi raya tahun ini membawa elemen batik jawa dan terdapat juga koleksi lain dengan potongan polos namun ringkas sesuai untuk busana raya mahupun kasual.

“Pada kadar kebiasaannya, saya memilih dua aspek kumpulan warna bagi setiap koleksi iaitu pastel dan muted atau terang dan bold. Pemilihan ini dibuat menerusi kajian yang dilakukan dan soal selidik kepada para pelanggan.

“Daripada situ, saya tahu apa kesukaan atau tarikan terutama pelanggan iaitu pilihan warna. Pada masa sama, saya turut memberikan pengimbangan pada pilihan untuk mereka membuat suai padan antara produk,“ ujar beliau lagi.

Menyentuh mengenai penggunaan fabrik, sebagai pereka, semestinya soal keselesaan menjadi kunci utama dalam satu-satu rekaan.

“Jika diteliti, bukan hanya kemasan dan elemen gaya yang dihasilkan sahaja memainkan peranan malah kombinasi warna, fabrik juga tak kurang pentingnya.

“Demikian juga dengan sentuhan atau jenis material atau fabrik untuk satu-satu rekaan. Antara yang biasa kami gunakan adalah jenis kapas, linen, sutera satin, renda, sulaman renda, lycra, brocade dan jacquard,“ jelasnya.

Memasuki tahun kesepuluh berkecimpung dalam bidang perniagaan tersebut, Zaza yang juga seorang peguam itu melahirkan rasa syukur dan terharu kerana jenama yang beliau hasilkan mendapat sambutan yang baik.

“Saya bermula daripada bawah dengan membina jenama Nuria sedikit demi sedikit. Syukur, sehingga kini, ia telah menunjukkan kemajuan yang bagus. Pun begitu, masih banyak ruang untuk penambahbaikan yang boleh kami usahakan,“ tambahnya.

Sebagai jenama yang pernah muncul di Asia Tenggara yang dikemukakan dalam majalah Vogue Singapore sebagai Best Southeast Asian brands to shop from this Hari Raya Aidifitri, beliau berharap Nuria menjadi pilihan pertama para pelanggan dan mampu sebaris dengan jenama hebat yang lain.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading