BERLIN, GERMANY - SEPTEMBER 26: A visitor passes the Google logo on September 26, 2012 at the official opening party of the Google offices in Berlin, Germany. Although the American company holds 95% of the German search engine market share and already has offices in Hamburg and Munich, its new offices on the prestigious Unter den Linden avenue are its first in the German capital. The Internet giant has been met with opposition in the country recently by the former president's wife, who has sued it based on search results for her name that she considers derogative. The European Commission has planned new data privacy regulations in a country where many residents opted in to have their homes pixeled out when the company introduced its Street View technology. (Photo by Adam Berry/Getty Images)
GOOGLE didapati bersalah mengamalkan monopoli dalam perniagaan iklan menurut hakim Leonie Brinkema di Virginia kelmarin.
Beliau berkata Google “dengan sengaja memperoleh dan mengekalkan kuasa monopoli” dalam pasaran pelayar penerbitan iklan dan pasaran pertukaran iklan antara pelanggan dan pembeli.
Ini ialah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat selepas didapati melakukan amalan yang sama dalam perniagaan carian pada Ogos tahun lalu.
Mereka mungkin perlu menjual Google Ad Manager yang menjana 14% pendapatan syarikat tahun lalu.
Tahun lalu muncul laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat akan memaksa Google menjual perniagaan Search dan Chrome bagi menghentikan amalan monopoli ini.
Google diheret ke mahkamah oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat atas beberapa amalan yang didakwa adalah monopoli sehingga merugikan orang ramai.
Walaupun Google didapati bersalah dalam pasaran pelayar penerbitan iklan dan pasaran pertukaran iklan, mereka didapati tidak bersalah melakukan monopoli dalam rangkaian iklan.
Selepas keputusan diumumkan, Google mengatakan mereka akan mengemukakan rayuan.
