2

Kuala Lumpur – Jenama kamera aksi global terkenal, AKASO, secara rasmi telah melancarkan SnapX, sebuah kamera bersaiz poket yang direka khas untuk merakam detik spontan kehidupan dengan gaya yang mudah dan bergaya. Direka untuk pencipta kandungan, pengembara, serta pencerita harian, AKASO SnapX menggabungkan teknologi imejan canggih dengan reka bentuk kompak dan ringan menjadikannya alat ideal untuk merakam, berkongsi dan menghidupkan kembali pengalaman dalam butiran yang menakjubkan.

Dengan berat hanya 36 gram, SnapX membuktikan bahawa teknologi berkuasa boleh hadir dalam saiz kecil. Reka bentuknya yang anggun menyokong rakaman POV bebas tangan, memberikan kebebasan kepada pengguna untuk merakam dari sudut unik tanpa beban peralatan konvensional. Sama ada dipasang pada pakaian, dipasang di tempat tertentu, atau digunakan secara genggam, SnapX mampu merakam video 4K yang memukau serta gambar pegun yang tajam, memastikan setiap kenangan dirakam dengan kualiti sinematik.

Ciri Rakaman Canggih Untuk Semua Keperluan

Dari segi prestasi, SnapX menyokong resolusi sehingga 4K pada 60 bingkai sesaat, serta mod rakaman pelbagai seperti time lapse, slow motion, hyperlapse, dan mod malam. Untuk fotografi, kamera ini menyokong sehingga 20 megapiksel serta format RAW – sesuai untuk pencipta kandungan yang memerlukan kawalan lebih dalam penyuntingan. Fungsi rakaman menegak pantas menjadikannya sempurna untuk generasi media sosial, membolehkan kandungan dikongsi dengan segera dan dioptimumkan untuk platform moden seperti Instagram dan TikTok.

Stabil dan Tahan Lasak Dalam Apa Jua Keadaan

Bagi memastikan rakaman sentiasa stabil, SnapX dilengkapi dengan penstabil imej lanjutan melalui giroskop 6-paksi, menghasilkan rakaman yang lancar walaupun dalam situasi aksi lasak. Ia juga tahan lasak dengan penarafan kalisk air IPX7, menjadikannya sesuai digunakan dalam hujan atau kawasan yang mudah terkena percikan air.

Kecil Tetapi Berkuasa

SnapX hadir dengan bateri terbina dalam 450mAh yang mampu bertahan sehingga 110 minit rakaman berterusan dalam resolusi 1080p. Apabila digandingkan dengan Action Pod, jangka hayat bateri meningkat sehingga 6 jam. Kapasiti storan dalaman pula sebanyak 64GB, manakala pemindahan data secara wayarles 2.4GHz membolehkan perkongsian pantas dan mudah antara peranti. Ia turut menyokong format MP4/H.264, memastikan keserasian luas untuk main balik dan penyuntingan.

Lebih Daripada Sekadar Kamera Aksi

SnapX bukan sahaja sebuah kamera aksi ia juga alat serba boleh untuk era digital. Dengan mod webcam yang menyokong rakaman sehingga 4K pada 30fps, pengguna boleh beralih dari merakam pengembaraan kepada meningkatkan kualiti mesyuarat maya dan penstriman langsung dengan mudah.

AKASO SnapX kini bersedia untuk menjadi kamera poket pilihan utama bagi mereka yang inginkan prestasi tinggi dalam saiz ultra-kompak menjadikannya rakan sempurna dalam setiap perjalanan dan cerita kehidupan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading