KUALA LUMPUR – Coway, syarikat Best Life Solution, telah menghimpunkan lebih 11,000 peserta dalam acara larian tahunannya sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Bertemakan ‘Dominasikan Rentak Anda’, Coway telah mengubah Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi pentas larian menyeluruh yang menyemai semangat kemajuan berteraskan perpaduan, kekuatan dan matlamat bersama sambil mempamerkan produk inovatif yang “Mencorak Perubahan” untuk rakyat Malaysia.
Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran & Produk Coway Malaysia berkata, “Sempena edisi ke-9 Coway Run, kami berasa amat bangga melihat larian tahunan ini kekal menjadi salah satu acara yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia setiap tahun. Tahun ini lebih istimewa kerana ia berlangsung tepat pada Hari Kemerdekaan, satu detik bermakna untuk kita menghargai semangat perpaduan dan ketahanan negara. Bagi memperingati hari bersejarah ini, pingat dan loket edisi tahun ini dihiasi dengan elemen bertemakan Kemerdekaan, menjadikannya cenderahati yang bermakna buat semua peserta.
Kami berbangga kerana dapat menggabungkan elemen patriotik ini ke dalam Coway Run bagi menciptakan pengalaman yang bukan sahaja menginspirasikan rakyat Malaysia untuk berkembang secara fizikal, mental dan emosi, tetapi juga meraikan kekuatan dan kebersamaan yang menjadi identiti negara kita. Di Coway, kami percaya bahawa dengan ‘Dominasikan Rentak Anda, kami akan ‘Mencorak Perubahan’ untuk menjadi versi diri yang lebih baik dan menyumbang kepada Malaysia yang lebih kuat, sihat serta berdaya tahan!” tambah Jung.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Coway Run menyerikan larian mesra keluarga sejauh 5km dengan halangan bersaiz besar yang diinspirasikan daripada inovasi produk terkini Coway, seperti Penulen Udara dan Air Coway, Penyaman Udara Coway, serta Tilam Pintar dan Kerusi Urut Coway BEREX. Sepanjang larian, peserta dibawa melalui terowong kabus ala Penulen Air, terowong udara berlampu LED dengan muzik berinsipirasikan Penulen Udara, dan akhirnya terowong bergolek yang mengambil ilham daripada Kerusi Urut Coway BEREX. Zon Penyaman Udara memberikan pengalaman sejuk dengan terowong berkabus, manakala Tilam Pintar Coway BEREX menambah cabaran melalui permukaan kembung yang dinamik.

Kemeriahan Coway Run diteruskan lagi di kawasan karnival yang menampilkan pemasangan berskala besar produk inovatif terkini Coway seperti Mesin Basuh dan Pengering Coway, Coway Villaem III, dan pratonton eksklusif Program Penapisan Udara Coway Yang Boleh Disesuaikan. Direka untuk memenuhi keperluan setiap individu, program ini hadir dengan empat variasi iaitu Bulu Haiwan Peliharaan (Pet), Alergen (Allergen), Habuk Halus (Dust), dan Dapur (Kitchen), serta serasi dengan penulen udara Coway Storm II dan Lombok III.
Bagi memeriahkan lagi suasana, karnival ini turut menawarkan permainan interaktif dan menggamit nostalgia seperti Solid Shot, Ball Splash, Tarik Tali, Ring Fling, Flip-Flop Fun, Teng Teng, Paddle Play, Chapteh, dan Skipping Rope. Karnival ini juga menyediakan sudut bergambar bagi peserta yang ingin merakam detik indah bersama keluarga dan rakan-rakan. Setiap penyertaan dalam permainan membolehkan peserta mengumpul cop pada kad mereka, yang boleh ditebus untuk barangan eksklusif atau kotak misteri berisi loket edisi terhad Coway.
Selain itu, bagi setiap tiket Coway Run 2025 yang dibeli, RM10 akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, iaitu inisiatif CSR berterusan yang komited untuk menyediakan akses berterusan kepada air bersih bagi komuniti yang kurang berkemampuan di Malaysia. Secara tidak langsung, setiap peserta telah menjadi sebahagian daripada usaha murni untuk mewujudkan kehidupan yang lebih sihat dan penuh harapan bagi komuniti yang memerlukan.

Coway Run 2025 menyaksikan peserta menampilkan semangat patriotik, ketahanan fizikal, serta pencapaian kesukanan yang luar biasa. Dalam kategori 21km Terbuka Lelaki Malaysia, Sivaneshwaran Gunasegaran berjaya mendahului kesemua pesaing lain untuk merangkul gelaran juara dengan catatan masa 1 jam, 13 minit dan 13 saat, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1000.
Bagi kategori 21km Terbuka Wanita Malaysia, Michelle Ng memperlihatkan tahap ketabahan dan kekuatan yang mengagumkan, dengan menamatkan larian di tempat pertama dengan catatan masa 1 jam, 36 minit dan 36 saat, dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1000.
Untuk kategori 10km Terbuka Lelaki Malaysia, Azwan bin Bunjing menamatkan perlumbaan dengan penuh keyakinan dalam masa 34 minit dan 55 saat dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 500. Dalam kategori 10km Terbuka Wanita Malaysia pula, Nurul Juliana Shakira Abdul Halim mempamerkan prestasi cemerlang dengan menamatkan larian dalam masa 39 minit dan 5 saat bagi merangkul hadiah wang tunai bernilai RM 500.
Coway Run 2025 turut menghimpunkan penaja dan rakan kerjasama yang berdedikasi, membuktikan bahawa kerjasama mampu untuk memacu perubahan bermakna. Bersama-sama, mereka menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan menjadikan kesejahteraan sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.
