2

Kuala Lumpur – Honor bersedia untuk melancarkan peranti terbarunya, Honor X9d 5G, dalam satu acara khas yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 24 September jam 3 petang waktu tempatan di Malaysia. Menjelang pelancarannya, Honor telah berkongsi beberapa gambar dan spesifikasi utama bagi peranti ini.

Honor X9d menampilkan reka bentuk yang mirip dengan Honor X70, yang telah dilancarkan di China pada bulan Julai yang lalu. Seperti model sebelumnya, X9d turut hadir dengan penarafan ketahanan IP69K memberi perlindungan tinggi terhadap air dan habuk.

Menarik lagi, ia dilengkapi bateri Silicon-Karbon (Si/C) berkapasiti besar 8,300mAh, menjanjikan ketahanan bateri yang luar biasa.

Honor turut mengetengahkan aspek ketahanan fizikal yang ditambah baik dengan kerangka penyerap hentakan, sama seperti pada model X70. Dari segi pilihan warna, X9d akan hadir dalam warna Reddish Brown (Perang Kemerahan) seperti sebelumnya, serta satu lagi pilihan baru iaitu Sunlight Gold (Emas Cahaya Matahari).

Menariknya, peranti ini akan menampilkan kamera utama 108MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), berbeza daripada kamera 50MP yang digunakan pada Honor X70 menunjukkan peningkatan dalam keupayaan fotografi.

Kalau nak tahu, Honor X9d pernah diperlihatkan secara tidak rasmi dalam filem tempatan Legasi: Bomba lakonan Ben Ali pada penghujung babak filem tersebut. Ia juga pernah dibawa dan ditunjukkan semsa perarakan Hari Kemerdekaan 31 Ogos yang lalu.

Sultan Pahang,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga menunjukkan tanda bagus dan sokongan kepada HONOR X9d.

Namun, kekuatan fizikal bukan satu-satunya taruhan HONOR X9d 5G. Peranti ini juga bakal dilengkapi dengan prestasi dalaman yang lebih lancar dan berkuasa untuk menyokong pelbagai tugas serentak tanpa gangguan. 

Untuk peminat teknologi mudah alih di Malaysia, Honor X9d dijangka menjadi antara peranti pertengahan paling menarik tahun ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading