MyDigital-ID-PTPTN

Kuala Lumpur – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengintegrasikan MyDigital ID ke dalam aplikasi myPTPTN tidak lama lagi. Langkah ini dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara PTPTN dan MyDigital ID Sdn Bhd.

Integrasi ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan menambah baik pengalaman pengguna semasa mengakses perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh PTPTN. Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim, menyatakan kerjasama ini menunjukkan komitmen PTPTN untuk menjadi sebuah organisasi digital yang progresif dan mesra pelanggan, selaras dengan matlamat pendigitalan negara.​

“Langkah ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dan menambah baik pengalaman pengguna dalam mengakses perkhidmatan dalam talian,” kata Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN berdasarkan laporan dari Bernama.​

Secara praktikalnya, pengguna baharu perlu mendaftar untuk MyDigital ID terlebih dahulu sebelum boleh membuka akaun myPTPTN. Pengguna sedia ada masih boleh log masuk menggunakan kaedah lama. Namun amat digalakkan untuk beralih kepada MyDigital ID kerana ia merupakan alternatif yang lebih selamat.

Selain itu, bagi pengguna yang sebelum ini gagal dalam proses pengesahan identiti elektronik (eKYC) semasa permohonan myPTPTN, penggunaan MyDigital ID akan menyediakan kaedah mendapatkan akses tersebut.​

Penggunaan MyDigital ID semakin meluas dan dalam beberapa kes, ia telah menjadi satu-satunya pilihan untuk mengakses perkhidmatan. Antara perkhidmatan lain yang telah mengguna pakai MyDigital ID termasuk aplikasi MyBayar PDRMMyJPJ, dan juga untuk pendaftaran kad SIM prabayar.​

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading