1

Kuala Lumpur – Jabatan Penyiaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf pada Ahad (26 Okt) atas kesilapan yang berlaku dalam siaran langsung sempena Sidang Puncak ASEAN Ke-47 dan sidang berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

RTM tersilap sebut nama tiga pemimpin negara iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia semasa siaran langsung pada Ahad.

Dalam kenyataan yang dterbitkan dalam Bahasa Melayu di Facebook, RTM memohon maaf atas kesilapan itu.

Dalam kenyataan rasmi, RTM menjelaskan bahawa hasil siasatan dalaman mendapati berlaku kesilapan oleh pengulas siaran langsung yang menyebut nama Perdana Menteri Singapura sebagai Lee Hsien Loong, sedangkan Perdana Menteri Singapura yang terkini ialah Lawrence Wong.

RTM juga menyebut nama Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul sebagai Srettha Thavisin, yang dipecat pada 2024.

“RTM memandang serius perkara ini dan tindakan sewajarnya telah diambil terhadap individu terlibat,” menurut kenyataan itu.

RTM juga menyampaikan permohonan maaf kepada perdana menteri dan pemerintah negara yang terjejas, serta pihak-pihak lain yang turut terkesan akibat kejadian tersebut, ia menambah.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, RTM menegaskan komitmen untuk meningkatkan kawalan editorial dan semakan fakta dalam setiap liputan serta memastikan semua maklumat yang disiarkan adalah tepat dan berintegriti.

RTM sebelum ini mengeluarkan kenyataan serupa kerana menyebut nama Presiden Indonesia sebagai Joko Widodo, sedangkan Presiden Indonesia kini adalah Prabowo Subianto.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading