66

Kuala Lumpur – Bagi ramai pelancong yang berkunjung ke Thailand, penyedut herba Hong Thai sudah menjadi antara cenderamata wajib dibawa pulang.

Produk ini bukan sahaja popular dalam kalangan pengunjung, malah turut mencuri perhatian apabila dikatakan menjadi kegemaran bintang K-pop terkenal, Lisa daripada kumpulan BLACKPINK.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA Thailand) mengumumkan bahawa Penyedut Herba Jenama Hong Thai Formula 2 didapati gagal mematuhi piawaian keselamatan selepas ujian makmal menunjukkan pencemaran mikrob dalam produk tersebut.

Menurut kenyataan rasmi FDA, ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Sains Perubatan mendapati produk berkenaan melebihi had yang dibenarkan bagi jumlah keseluruhan Aerobic Microbial, jumlah keseluruhan yis dan kulat, serta dikesan pencemaran bakteria Clostridium spp.

Menerusi laman X, Thai Enquirer memaklumkan ujian itu dijalankan terhadap sampel yang diambil dari tapak pengeluaran syarikat Hong Thai Commercial Herbal Products.

FDA menjelaskan bahawa produk yang berdaftar di bawah nombor G 309/62 ini tidak mematuhi piawaian ketulenan dan kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Awam Thailand pada tahun 2021 bagi produk herba berdaftar.

Produk yang terjejas melibatkan nombor kelompok 000332, dengan tarikh pengeluaran 9 Disember 2024 dan tarikh luput 8 Disember 2027.

Sehubungan itu, FDA menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan produk tersebut, kerana ia dianggap tidak mencapai piawaian di bawah Seksyen 60 (2) Akta Produk Herba B.E. 2562 (2019).

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading