1111

Kuala Lumpur – Mantan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru menggantikan Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Datuk Fadlun Mak Ujud berusia 55 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta berpengalaman 27 tahun sebagai penjawat awam khususnya di pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan 22 tahun perkhidmatan di PPj.

Selain itu, beliau memulakan kerjaya di PPj sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa pada Mac 2000, manakala jawatan terakhir beliau sebelum dilantik untuk menyandang jawatan baharu ini adalah Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat) PPj.

Semalam kenyataan Ketua Setiausaha Negara mengatakan tempoh pelantikan Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dipendekkan setahun lebih awal bagi membolehkannya menyertai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) gergasi nasional.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading